Adi Surya dot com » sedekah

Dana Untuk Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa
Marhaban Ya Ramadan! Marhaban! Marhaban!

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah dengan nikmat yang melimpah-ruah untuk dinikmati dan diberi kepada mereka yang memerlukan. Bergembiralah bagi mereka yang selalu mensyukuri nikmatNya dan mempergunakannya untuk jalan kebaikan @ kebajikan.

Telah lama saya berniat untuk membuat post khidmat masyarakat saya dalam blog ini. Alhamdulillah, termakbul juga pada hari ini. Sebagai permulaannya, ingin saya bawakan kepada anda tentang usaha untuk mengutip dana bagi pembinaan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa.

Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa ini adalah merupakan sebuah institusi Pendidikan Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 yang lalu dengan satu tujuan untuk berusaha MELAHIRKAN GENERASI BERTAQWA. Sasaran utama adalah pelajar yang terdiri daripada ANAK-ANAK YATIM, ANAK-ANAK TERBIAR, ANAK-ANAK GOLONGAN MISKIN DAN PELAJAR BERMASALAH.

Pada peringkat awal, telah beroperasi dengan menyewa sebuah bangunan 2 tingkat di kampung Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang dengan kapasiti pelajar seramai 70 orang. Memberikan pendidikan Akademik, Hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Ilmu Agama, Bahasa Mandarin dan Kemahiran Hidup.

Terpaksa dihentikan sementara operasinya kerana tuan punya bangunan tidak menyambung semula sewaan kepada pihak Ma’ahad. Jesteru itu, kini sedang berusaha untuk membangunkan semula satu-satunya Institusi Pendidikan Islam seperti ini di Pulau Pinang (Georgetown). Merayu PERHATIAN KHAS dari Muslimin/Muslimat membantu untuk Ma’ahad beroperasi semula dengan kadar segera.

Dana sejumlah RINGGIT MALAYSIA SATU JUTA adalah disasarkan untuk peringkat pertama bagi:

menyelesaikan urusan pembelian tanah sejumlah RM130,000 (selesai dengan kos RM120,000)

menambak/menambun tanah merah sebagai tapak. Anggaran 200 lori tanah merah dengan kos RM150 selori diperlukan (dana sedang diperlukan dan kerja-kerja sedang giat dilakukan).

Kos penyucian tapak RM30,000 (dana diperlukan).

Kos pembinaan surau dengan kos anggaran RM500,000 (dana diperlukan).

2 blok bangunan 2 tingkat sebagai penempatan pelajar (dana diperlukan).

dewan makan (dana diperlukan).

rumah guru (dana diperlukan).

Sehubungan dengan itu, memohon PERHATIAN KHAS dari Muslimin/Muslimat untuk menghulurkan sedekah/jariah/sumbangan untuk menjayakan pembinaan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa. Segala sedekah/jariah/sumbangan boleh disalurkan kepada:

MA’AHAD AL-ISLAMI MANARUT TAQWA

CIMB Al-Wadhiah No Akaun 0734-00000-35209

Segala urusan / keterangan lanjut sila hubungi:

Tuan Pengetua/Mudir: Ustaz Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad – 012-429 6542

Setiausaha: Mohd Faizal Bin Hozizan – 016-477 4278

Bendahari: Mohd Nasir Bin Hj Hashim – 019-424 3018

Alamat: 63, MK 3, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Ya Rasullah, sedeqah manakah yang lebih besar pahalanya?

Sabda Nabi S.A.W.: Iaitu sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau pada masa itu amat sihat dan sebenarnya engaku bakhil (merasa sayangkan harta untuk didermakan) kerana engkau takut menjadi faqir dan engkan berangan-angan untuk menjadi kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh berada di kerongkong lalu pada ketika itu baru engkau berkata, untuk orang ini sekian, untuk orang ini sekian, tetapi sebenarnya harta engkau pada ketika itu memang akan dimiliki (di warisi) oleh orang lain” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Insyaallah…

p/s – Tapi ingat, jangan pikir sangat dengan pahala… nanti bala yang menimpa (pesanan Tn Guru). Yang penting niat & tanggungjawab kita kepada Agama dan rezeki Allah yang kita terima…