Bila Nak Tunaikan Haji Dan Umrah?

Category : Tazkirah

Hai…. bilalah nak tunaikan haji dan umrah nie… Umrah dulu ke? Haji dulu ke? Atau buat dua-dua sekali ketika haji sahaja? Dah berangan gayanya nak menjejak kaki ke Tanah Suci Mekah… Moga-moga dimakbulkan… Amin… Dalam angan-angan nie, terfikir juga saya. Angan-angan atau cita-cita sudah dibuatnya. Tapi, ada satu masalah besar yang WAJIB saya selesaikan dulu sebelum sampai masanya saya berangkat ke sana.

Apa masalahnya tu?

Macam mana nak tunaikan ibadah umrah dan haji tu? Ada la time belajar kat sekolah menengah belajar teori sahaja. Rukun-rukun, sunat dan haram ketika mengerjakan ibadah umrah dan haji nie. Tapi praktikal? Suasana? Apa persediaan? Apa yang nak dibaca ketika mengerjakan ibadah tersebut? Adab-adab? Dam? Hui… banyak nak dibelajarnya. Al maklum untuk mendapat haji yang mabrur dan bukan untuk melancong suka-suka.

Jadi, saya pada awal bulan yang lalu bersama keluarga sambil shopping dan jalan-jalan, tergerak untuk pergi ke rak buku. Mencari-cari buku-buku yang menarik dan ternyata ada sebuah buku menjadi perhatian. Rupa-rupanya dalam bab hendak menunaikan haji ini ada banyak persediaannya dan ianya dimulakan bukan dalam tempoh setahun sebelum pemergian. Malahan ia dimulakan seawal 5 tahun!

Jadi, kalau saya sudah bercadang atau bercita-cita untuk ke Tanah Suci, saya MESTI lakukan persediaan daripada sekarang! Bukan dari ilmu bagaimana hendak melakukan haji atau umrah itu sahaja, tapi apa yang penting sekali adalah dari segi kerohaniaan saya! Jiwa dan mental harus dipersediakan bagi menempuh cobaan dan dugaan yang tidak tersangka-sangka. Hasrat dan cita-cita mesti dikobar-kobarkan sentiasa kerana sepanjang proses persediaan pasti ada dugaan dan cobaan yang melanda sebagai penguji tahap kesediaan kita sebagai tetamu Allah.

Bagi anda yang bercita-cita menunaikan umrah atau haji seperti saya, elok anda lakukan persediaan daripada sekarang. Carilah buku-buku sebagai rujukan dan orang perseorangan untuk menjadi guru dan pembimbing. Ibadah wang wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi mereka yang mampu adalah ibadah haji dan umrah. Pelengkap kepada rukun Islam yang lima. Jika keluar shopping atau berjalan-jalan, singgah-singgah la sebentar ke rak buku untuk mencari buku-buku yang berkaitan haji dan umrah.

Jika malas sangat nak pergi ke kedai buku, sekarang teknologi canggih dah ada depan mata. Lawati kedai buku online dan beli secara online untuk penjimatan masa dan wang anda. Ingat, anda dah kena simpan duit sebagai tabungan kos mengerjakan haji dan umrah tersebut!

Dalam usaha-usaha saya mencari info tentang haji dan umrah ini, saya telah menjumpai satu website yang disediakan oleh seorang Pensyarah Bahasa Arab UiTM Segamat Johor iaitu Ustaz Abd Rahman Jamaan. Beliau ada mengeluarkan ebook Panduan Lengkap Haji & Umrah : Edisi Eksklusif bagi mereka yang ingin ke Tanah Suci. Panduan Lengkap Haji & Umrah : Edisi Eksklusif ini akan membincangkan tentang panduan, tips perlaksanaan haji dan umrah, menyentuh demensi pendidikan, motivasi dan pengetahuan bahasa arab (ingat, anda ke negara arab).

Jadi anda tidak perlu lagi mencari-cari di enjin carian, terus sahaja ke laman ebook Panduan Lengkap Haji & Umrah : Edisi Eksklusif dan dapatkan ianya di sana. Ingat, persediaan haji dan umrah jangan ditangguh-tangguh. Lakukan SEKARANG!