Hari ini adalah hari yang agak memenatkan kepala saya. Kepala penat dek kerana terpaksa menunggu lama giliran di bank-bank yang saya pergi hari ini. Penat juga dek kerana driving time panas. Tapi kepenatan itu terubat juga dengan kejayaan saya membuka buku Simpanan Emas saya yang pertama di Maybank cawangan Banting.
Hendak membuka akaun tersebut tidaklah begitu rumit. Hanya perlu mengisi borang sebagaimana kita membuka akaun biasa dan menandatangani kontrak perjanjian dengan pihak bank. Pelaburan minimum buat masa ini adalah sebanyak 5.0 gram. Kenapa pula dalam gram? Ini kerana kita membeli emas! Bukan membuat tabungan simpanan biasa. Kita menabung emas!
Belian emas mengikut kadar jualan semasa. Ketika saya membeli emas pada hari ini (24/11/2009 @ 2.00 pm++), kadar 1.0 gram emas adalah RM129.75/gram. Jadi, bagi 5.0 gram emas, saya perlu membayar sebanyak RM648.75. Oleh kerana saya baru membuka akaun, tambahan RM10 untuk setem duti dikenakan.
Sebenarnya, untuk membuka akaun simpanan emas ini anda mempunyai pilihan samada menerusi Maybank atau Public Bank. Buat masa ini, untuk membuka akaun bagi Maybank memerlukan pelaburan minimum 5.0 gram (Ini akan meningkat kepada 6.0 gram pada tahun 2010). Manakala Public Bank memerlukan pelaburan minimum 20.0 gram.
Anda boleh rujuk dilaman web bank tersebut:
Public Bank – http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html
Dalam ilmu metafizik, emas merupakan ibu duit. Bagi mereka yang asyik mengalami masalah “duit bocor”, anda digalakkan untuk membuka akaun emas ini untuk menutup “kebocoran”. Lagi pun, harga emas ini payah kita nak lihat turun dengan begitu teruk. Ia merupakan pelaburan yang stabil.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas, ebook Rahsia Emas merupakan rujukan yang anda perlukan. Ebook ini adalah satu-satunya rujukan dalam Bahasa Melayu yang ada dipasaran.
Team RahsiaEmas adalah gabungan 2 orang Usahawan Internet dan juga seorang pakar emas di Malaysia iaitu Encik Syukor Hashim. Encik Syukor telah bergabung dengan 2 orang usahawan internet demi mengembangkan dan menyebarkan ilmu pelaburan emas kepada rakyat Malaysia dengan cara yang lebih pantas.
Jadi anda boleh dapatkan ebook Rahsia Emas sekarang beserta keahlian “Gold Membership” yang bernilai RM200 PERCUMA!
Klik disini untuk ke web ebook Rahsia Emas


