Salam Ukhuwwah,
Kepada semua sahabat-sahabat bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Sg Manggis walau di mana sahaja anda berada, sila berikan maklumat diri anda untuk memudahkan pihak AJK Penaja Pertubuhan Alumni SAMTTAR menghubungi anda.
Maklumat yang diperlukan seperti berikut:
1) Nama penuh
2) No telefon (untuk call @ sms untuk bagi maklumat tentang alumni)
3) Alamat tempat tinggal (untuk mudah nk bagi surat, kad jemputan n etc..)
4) email @ blog (jika ada).
5) Nyatakan tahun kemasukkan ke SAMTTAR. contoh: batch 2001/2002
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, pertubuhan alumni SAMTTAR ini bertujuan untuk:
1) Mengikat dan menguatkan semula hubungan silaturrahim di antara sesama bekas-bekas pelajar SAMTTAR dengan guru-guru serta para pelajar yang masih bersekolah di SAMTTAR.
2) Menggabungkan kesemua batch pelajar dari batch pertama SAMTTAR sehinggalah batch yang baru keluar SAMTTAR yang lepas iaitu batch (08/09).
3) Menjaga kebajikan setiap ahli alumni SAMTTAR.
4) Mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik untuk disertai oleh semua ahli alumni.
5) Menjadi sumber rujukan para guru dan pelajar di SAMTTAR dari segi perkembangan akademik dan profession pekerjaan.
6) Mengadakan program2 berbentuk motivasi dan sebagainya yang bermanfaat khususnya bidang akademik dan sahsiah untuk adik-adik yang masih belajar di SAMTTAR.
7) Mendepani setiap isu serta permasalahan yang berlaku di SAMTTAR khususnya dan di Malaysia umumnya.
DIHARAPKAN AGAR SAHABAT2 YANG SUDAH MEMBERIKAN MAKLUMAT DIRI MASING2 DAPAT MENYEBARKAN MAKLUMAT TENTANG ALUMNI INI KEPADA SETIAP BATCH MASING2…
Kami di pihak AJK Penaja Alumni akan mengadakan perjumpaan pertama bagi pertubuhan Alumni SAMTTAR ini pada masa yang terdekat. kerjasama dan sokongan dari kalian amat2 kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.
Sila layari laman web http://www.samttarian.com untuk mendaftar!


