Buat pertama kalinya di Malaysia, Superbid menjalankan bidaan lelong secara “live” melalui internet! Bidaan ini yang dikelolakan oleh Lelong.com akan dijalankan pada setiap hari Rabu antara jam 12 tengahari hingga 1 petang online mulai 20 Ogos 2008 ini. Produk preview akan dilakukan 5 hari sebelum hari bidaan.
Bidaan Superbid ini dijalankan selama 1 jam sahaja antara jam 12 tengahari hingga 1 petang. Sekiranya aktiviti bidaan masih aktif, sistem akan melanjutkan masa secara automatik. Sehingga aktiviti bidaan ideal selama 60 saat baru bidaan akan ditutup.
Seperti yang diketahui, produk-produk bidaan ini selalunya adalah produk-produk yang mempunyai permintaan tinggi, eksklusif, unik, lebih nilai dan terhad! Jadi, rugi jika kita tidak turut serta dalam aktiviti bidaan ini. Mana tahu nilai produk yang dibeli akan memberi pulangan yang tinggi.
Namun demikian, Superbid ini HANYA terbuka kepada ahli Lelong.com sahaja. Jadi, sekiranya anda masih belum menjadi ahli Lelong.com dan ingin menyertai Superbid tersebut, anda dinasihatkan untuk mendaftar SEKARANG. Ini kerana pihak Lelong.com dalam kenyataannya, tidak akan melayan mana-mana permohonan aktivasi pada saat-saat akhir.


