Ya! Alhamdulillah, hari ini saya lulus satu lagi paper CIMA CBA saya. Seronok tak terkira… Percubaan untuk kali kedua paper Fundamental of Management Accounting (C01). Sebulan sebelum ini, paper Fundamental of Financial Accounting (C02) berjaya lulus dalam sekali percubaan.. Alhamdulillah…
CIMA akan menggunakan syllabus baru untuk 2010 seperti berikut:
CIMA lebih menjurus kepada management accounting berbanding ACCA yang lebih menjurus kepada statutory accounts. Info lanjut boleh anda layari di laman web http://www.cimaglobal.com
Peperiksaan untuk CIMA CBA kini dilakukan secara online di pusat-pusat peperiksaan CIMA. 50++ soalan dalam kombinasi objektif dan isi tempat kosong. Berpinor juga mata nak tengok skrin komputer baca soalan kemudian buat pengiraan kat kertas. Namun, Allah punya kuasa… berkat doa guru, alhamdulillah berjaya.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Allah SWT, para tuan guru yang mendoakan saya, isteri dan anak-anak yang menjadi sumber kekuatan, UiTM lectures, rakan-rakan sebelajar yang menjadi pembakar untuk berlawan antara satu sama lain dan pihak pengurusan yang menganjurkan program tersebut.
Next exam date, March 2010 paper Fundamentals of ethics, corporate governance and business law….
Popularity: 1% [?]



