Daftar Perniagaan Online

2

Category : Sembang-Sembang

Agak lama saya tidak online. Maklumlah baru-baru nie saya agak sibuk dengan hal kerja dan Temasya Sukan syarikat. Giliran syarikat kami pula yang menjadi tuan rumah selama 5 hari tapi persiapan ambil masa dalam tempoh setahun. Ini pun belum selesai lagi untuk tutup akaun Temasya Sukan tersebut.

Nampaknya dalam kesibukan itu, sempat juga saya mendaftarkan perniagaan untuk isteri saya. Ajlillah Enterprise, itulah nama perniagaan yang akan kami gunakan bersempena dengan nama anak kami no 4. Semoga dengan keberkatan nama tersebut akan memajukan perniagaan kami dan orang-orang yang menyokongnya.

OK, bagaimana saya dapat daftar perniagaan kami itu dalam kesibukan kerja dan tanpa perlu pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? Jawapannya, saya lakukan secara  online menggunakan perkhidmatan eLodgement SSM.

Bagaimana saya lakukan:

  1. Mendaftar sebagai pengguna (user) di Portal MyGovernment. Pengesahan melalui MyCard akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.
  2. Mendaftar sebagai pelanggan SSM melalui Portal MyGovernment. Melakukan pembayaran sebanyak RM5 setahun bagi pelanggan individu. Mode pembayaran melalui kad kredit, FPX atau prabayar.
  3. Melakukan carian nama perniagaan sekiranya anda ingin menggunakan nama perniagaan yang lain dari nama sendiri. Akan mendapat maklumbalas dalam tempoh 1 jam sekiranya transaksi dilakukan dalam waktu pejabat.
  4. Mendaftar perniagaan dan melakukan pembayaran pendaftaran.
  5. Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan akan diemail serta merta. Sekiranya ingin mendapatkan salinan asal, boleh pergi kepejabat SSM yang berhampiran.

Anda boleh rujuk kepada Khidmat eLodgement di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk keterangan lanjut.

Comments (2)

apa feedback yang saya dapat setelah daftar peniagaan ini

Pihak SSM akan hantar email menyatakan pendaftaran telah berjaya dan disertakan salinan daftar perniagaan. Boleh print untuk salinan. Bagi salinan asal dan lain-lain dokumen dikehendaki datang sendiri (atau wakil – kena ada surat wakil. Tak pasti boleh atau tidak.) ke pejabat SSM yang terdekat.

Post a comment