Ungkapan “Berapa mahu @ hendak kasi, seikhlasnya..” selalu kita ucap atau dengar mungkin ketika mendapatkan khidmat rawatan tradisional @ alternatif di kampung mahu pun di bandar. Perawat tidak menetapkan sebarang harga atau yuran khidmat yang telah diberi. Terpulang kepada si pesakit yang menerima rawatan untuk memberi upah atau pemberian ikhlas tanda terima kasih atas usaha perawat membantu pesakit. Ada juga sebahagian perawat menyatakan sebagai pemutus atau pengeras agar si perawat tidak terbeban kepada penyakit si pesakit.

“Pemberian” ini yang selalunya berbentuk wang ringgit. Mungkin disebabkan ianya mudah di bawa dan universal. Dahulunya mak bapak datuk nenek kita bila berubat, RM5, RM10 atau RM15 begitu sinonim dengan harga pemberian yang diberi. Itu kira-kira 20 tahun kebelakang. Namun adakah nilai RM5, RM10, RM15 mahupun RM20 masih relevan untuk masa sekarang dalam alaf baru ini? Dengan kadar harga barangan yang naik macam tak ingat? Adakah berbaloi si perawat memberi khidmat sebaik mungkin dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dengan balasan RM10?

Cuba anda bayangkan, ANDA seorang tukang urut. Mengambil masa dalam tempoh 30-45 minit mengurut badan (bergantung kepada masalah). Merasai sakit orang yang anda bantu dan berhadapan dengan pelbagai ragam karenah orang. Telah menyelesaikan masalah sakit yang mereka telah tanggung selama beberapa hari @ minggu @ bulan yang mana ramai doktor @ tukang urut lain yang mereka temui pun tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Apabila selesai dan badan kembali segar, mereka dengan “ikhlasnya” hanya memberikan RM20 untuk segala usaha anda? Berbaloi? Kos untuk rawatan di klinik pun mahu-mahu mencecah minimum RM50. Bagaimana pula jika 2 orang urut hanya mendapat RM10?

Memang dikata “seikhlasnya” namun kita haruslah memahami dan menghargai usaha mereka yang telah membantu. Adakah kita begitu “kedekut” dengan nilai RM30 atau RM50 dengan nikmat kesihatan, keselamatan yang dikecapi? Kalau begitu kedekut, baik pergi sahaja ke klinik atau hospital atau cuba ubat sendiri. Menjadi atau tidak?

Jadi, sebelum anda memberi tanda terima kasih cuba anda fikir-fikirkan…

  1. Kronik/berat atau tidak penyakit/masalah aku nie
  2. Kalau aku pergi klinik @ hospital, berapa aku kena bayar
  3. Doktor boleh selesaikan ke?
  4. Sanggup aku tanggung sakit nie lama-lama lagi?
  5. Aku nie orang jenis menghargai pertolongan orang ke tidak

Tenung-tenungkan…

Popularity: 1% [?]

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Related Posts:

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*