Hari ini adalah hari yang agak memenatkan kepala saya. Kepala penat dek kerana terpaksa menunggu lama giliran di bank-bank yang saya pergi hari ini. Penat juga dek kerana driving time panas. Tapi kepenatan itu terubat juga dengan kejayaan saya membuka buku Simpanan Emas saya yang pertama di Maybank cawangan Banting.
Hendak membuka akaun tersebut tidaklah begitu rumit. Hanya perlu mengisi borang sebagaimana kita membuka akaun biasa dan menandatangani kontrak perjanjian dengan pihak bank. Pelaburan minimum buat masa ini adalah sebanyak 5.0 gram. Kenapa pula dalam gram? Ini kerana kita membeli emas! Bukan membuat tabungan simpanan biasa. Kita menabung emas!
Belian emas mengikut kadar jualan semasa. Ketika saya membeli emas pada hari ini (24/11/2009 @ 2.00 pm++), kadar 1.0 gram emas adalah RM129.75/gram. Jadi, bagi 5.0 gram emas, saya perlu membayar sebanyak RM648.75. Oleh kerana saya baru membuka akaun, tambahan RM10 untuk setem duti dikenakan.
Sebenarnya, untuk membuka akaun simpanan emas ini anda mempunyai pilihan samada menerusi Maybank atau Public Bank. Buat masa ini, untuk membuka akaun bagi Maybank memerlukan pelaburan minimum 5.0 gram (Ini akan meningkat kepada 6.0 gram pada tahun 2010). Manakala Public Bank memerlukan pelaburan minimum 20.0 gram.
Anda boleh rujuk dilaman web bank tersebut:
Public Bank – http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html
Dalam ilmu metafizik, emas merupakan ibu duit. Bagi mereka yang asyik mengalami masalah “duit bocor”, anda digalakkan untuk membuka akaun emas ini untuk menutup “kebocoran”. Lagi pun, harga emas ini payah kita nak lihat turun dengan begitu teruk. Ia merupakan pelaburan yang stabil.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas, ebook Rahsia Emas merupakan rujukan yang anda perlukan. Ebook ini adalah satu-satunya rujukan dalam Bahasa Melayu yang ada dipasaran.
Team RahsiaEmas adalah gabungan 2 orang Usahawan Internet dan juga seorang pakar emas di Malaysia iaitu Encik Syukor Hashim. Encik Syukor telah bergabung dengan 2 orang usahawan internet demi mengembangkan dan menyebarkan ilmu pelaburan emas kepada rakyat Malaysia dengan cara yang lebih pantas.
Jadi anda boleh dapatkan ebook Rahsia Emas sekarang beserta keahlian “Gold Membership” yang bernilai RM200 PERCUMA!
Klik disini untuk ke web ebook Rahsia Emas
Popularity: 100% [?]




boleh bgtahu cr nak buka akaun simpanan emas n kat mana sy nak tahu harga emas semasa?
Anda boleh buka akaun simpanan di bank Maybank atau Public Bank. Saya syor kepada anda untuk buka di Maybank kerana entry requirement yang rendah iaitu 5gm. Kadar harga emas semasa boleh semak di laman web bank tersebut.
Salam tuan, mcm mana cara ia bekerja? maksud saya dari segi pulangan balik. adakah kita perlu memantau setiap masa seperti pasaran saham? atau biarkan saja dalam akaun seperti ASB?
Simpan atau pelaburan?
Setakat buat simpanan eg. 5gram tiap2 bulan… idak la perlu kita pantau sangat rate dia… sbb pada akhirnya, kita akan guna harga purata keseluruhan simpanan kalau nak tahu untung @ tidak. ini lebih kepada long term investment & berhati-hati (konservatif approach). janji ada pulangan kelak.
melainkan kita mmg melabur berpuluh ribu dan aktif jual beli… yup kita kena pantau market rate. ini agressif approach. mau untung tiap2 masa.
kalu saya nak buka terus 100g around 11K xper tak. saya tengah mencari2 tempat nak invest dan saya ada dimaklumkan elok buka akaun emas sebab selalu kebocoran wang
boleh saja…
Salam.
Bolehkan saya melabur/membuat simpanan dalam bentuk barangan kemas yg sedia ada, atau adakah cara untuk bagaimana saya nak dpt keuntungan dengan barang kemas yg ada. Adakah pihak bank hanya menerima bentuk emas fizikal yg ditetapkan.
Selalunya untuk barangan kemas atau emas fizikal, mereka akan gadaikan di Bank Rakyat melalui skim pajakan Islam Ar Rahnu. Kita akan bayar upah simpan kepada pihak bank utk tempoh masa yg kita persetujui. Keterangan lanjut sila layari laman web Bank Rakyat di http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu
salam, adakah sekarang masih sesuai utk membuat pelaburan? adakah saya masih akan mendapat keuntungan kelak?
Apakah trend harga emas dalam beberapa tahun lepas? Adakah ini pelaburan jangkapanjang atau endek? Secara purata berapa peratus keuntungan boleh diperolehi dari setiap pelaburan? Adakah had maxima bagi setiap akaun?
xpaham konservatif approach..
n igin tahu…
knp ade org beli saham then tibe2 jer jual saham tu pas bbrp minit..
n knp ade saham plk yg kite kena tggu selama setahun br dpt dividen…
Konservatif = berhati-hati
Jual/Beli Saham.. ini untuk ambil keuntungan. Cth. mereka yg main saham di Bursa Malaysia. Beli saham 1 unit RM11.50… tup-tup lps 5 minit harga naik ke RM13.00.. So jual untuk ambil untung.. RM13.00-RM11.50=RM1.5 untung per saham. Selalu kena beli 1 lot=500 unit atau 1000 unit. Jadi kalau untung RM1.50 sesaham, kalau ada 500 unit, darab jer la.. RM750 untung. Begitu juga kalau rugi..
Bagi saham yg tiap2 tahun ambik dividen sahaja. Syarikat2 potensi untung setiap tahun. saper yg ada saham2 syarikat nie mana nak jual sbb beri pulangan pelaburan yg baik. Jadi pembahagian untung syarikat kpd pemegang saham melalui bayaran dividen.
salam..
slps buka akaun simpanan emas dgn kadar minimum..perlu kemaskini buku @tak dlm setahun?
Rasanya tak perlu.. rujuk bank untuk penjelasan lanjut…
Salam….mana lebih untung….simpanan emas di maybank atau di Public Bank???
adakah masa sekarang,adelah masa sesuai utk membuka akaun emas,atau tggu harga emas trun dahulu????
salam…
DAPATKAN COIN BUNGA RAYA EMAS 999.9(10G),HARGA TERENDAH DIPASARAN..
BERMINAT HUBUNGI 0122421591..TQVM
adakah duit yang kte smpan itu boleh di keluarkan kembali.
boleh. mengikut kadar pada hari tersebut.
salam….boleh tolong ajarkan apa maksudnya buying rates dengan selling rates dalam gold investment ni?yang macamana yang lebih menguntungkan?
Salam,
1). boleh bagi tahu web site yang menyenaraikan harga emas jangka pendek/pjg.
2). Masa bila elok buat pelaburan dalam akaun emas; masa harga menaik atau menurun?
3). Adakah semua transaksi akaun emas dalam bentuk gram dan bukan dalam bentuk RM.
sekian
salam….
sya krang faham tntg akaun emas ni…
boleh x saudara trangkan cra simpanan nya dan apa faedah yg kta akan dpat melalui simpanan ini..?
samekom saya nak tny, mana lg elok kalau nak melabur emas. maybank ke public bank? sebab sekarang dua dua hampir sama je. jurang maybank n public bank lebih kurang je. so awk syor kan yg mana? sebab sy berminat sgt2 ni.. harap sudi membantu tq.
Assalamualaikum..
saya nak tanya.. menyimpan dalam akaun emas ni, kita kena bayar zakat tak?
salam..saya nk tnye,macam mana nak buat pelaburan emas..boleh tak jelas kan
Buying Rates – kadar bank beli dari pembeli
Selling Rate – kadar bank jual kepada pembeli
Kalau kita nak beli emas, kita tengok kadar Selling Rate.
1) http://www.kitco.com/charts/livegold.html
2) Ketika emas turun
3) Rekod transaksi akaun emas dalam gram. Sebab harga dia turun/naik mengikut nilai pasaran.
Akaun emas ini seperti kita mendeposit/menyimpan wang dalam bank. Bezanya kita simpan duit itu dengan membeli emas. Harga emas ini berdasarkan nilai semasa pasaran.
Contoh:
Pada 1 Mei 20xx menyimpan 10gm emas pada kadar harga RM100/gm. Jumlah simpanan bersamaan 10gm x RM100/gm = RM1,000.
Pada 6 Jun 20xx mengeluarkan 10gm emas pada kadar harga RM110/gm. Jumlah pengeluaran bersamaan 5gm x RM110/gm = RM1,100.
Jesteru, keuntungan RM100 (RM1,100 – RM1,000) telah diperolehi.
tak dapek pak cik nak nolong…
good question… nak kena tanya ustaz.. kena zakat mmg kena zakat la. samada emas atau simpanan? confirm dengan yg lebih arif…
salam..
niat di hati mmg na bkk akaun emas ni.. tp xbrape na pasti.. kalau nak invest , maknenye kta kne sentiasa tahu la keadaan turun naik hg emas.. sama ada nak tmbh gm emas kta atau nak jual atau pun bia kan.
contoh- kta da bkk akaun. hg emas naik.. so kita jual or wat.? macam mana pula hg emas tron? kta beli emas or wat.? sama mcm saham ke..? atau pihak bank yang menguruskan semuanya then kta just bkk akaun then ikut suke na tmbh gm emas atau mcm mne ea..? BLUR.
sy pn berminat dlm pelaburan ni.tp so far xda peluang lg nk buka coz baru bekerja. ada risiko x pelaburan ni?
Pelaburan emas nie bagus..
Tapi sesiapa yg nak buat LONG TERM INVESTMENT & PLAY SAFE..
investlh di PUBLIC @ MAYBANK..
yg nak SHORT TERM.. Main kat bursa saham..
Korang kena pilih SHORT TERM @ LONG TERM.. Kalo korang takde goal susah nak buat pilihan.. TQ
Alhamdulillah, saya pun dah berjaya buka akaun emas maybank pada hari ini, 17/08/2011 pada kadar RM175.06 per gram. Sekarang minimum untuk buka akaun di maybank adalah 1 gram, sesiapapun mampu. Bagi saya kalau nak beli emas ada duit je beli, kalau nak tunggu harga emas turun nanti sampai bila2 pun tak boleh beli.
acc emas nie jual beli bleh d buat bila2 masa or ada masa mcm asb?
org mude: ya boleh jual beli bila2 masa, ikut harga emas terkini.
Aslkm, Adakah urus niaga simpanan emas di maybank ini ikut syariat ( halal )
assalamualaikum, perbezaan pelaburan emas maybank dgn ah rahnu mana lebih mnguntungkn?
akum..saya rasa saya berminat nak join.tetapi saya nak tahu bagaimana caranya nak buat jual beli ngan bank.adakah saya kena pergi bank utk urusan atau pun bank yang akan uruskan jual beli emas tersebut melalui akaun.