Untuk berjaya, anda mesti belajar. Mengapa perlu belajar? Kerana ilmu. Ilmu adalah senjata untuk segalanya. Tanpa ilmu jiwa mati. Amal tanpa ilmu sia-sia. Ada ilmu tapi tidak beramal, lagi teruk.

Berjaya dalam bisness internet banyak caranya. Luas dunianya. Banyak cabangnya. Banyak modalnya juga sesetengahnya. Mencari sesuatu yang sejiwa dengan diri dan kelebihan diri kekadang menyeksa jiwa juga. Mana yang mudah?

Satu cabang bisness internet adalah dengan menulis ebook. Apa itu ebook? Ianya buku elektronik atau buku digital. Kerana ianya dalam bentuk softcopy. Tiada had dalam penghasilan ebook ini. Anda boleh menghasilkan bermacam-macam jenis ebook sesuai dengan niche. Boleh jadi ebook panduan, rahsia, teknik, sekadar info atau rujukan belajar. Terpulang pada anda. Apa anda lihat di kedai buku, anda boleh menulisnya dan jual secara ebook.

Kos ebook? Modal idea dan ilmu, komputer dan elektrik, website dan hosting. Sesuatu perniagaan memang perlukan promosi. Terpulang kepada anda samada promosi secara berbayar atau percuma. Tapi penghasilan sesuatu ebook yang berkualiti selalunya bermula dari idea dan ilmu yang mantap. Atau, guna cara yang mudah dengan mengupah orang menulis ebook dan claim ebook tersebut anda yang tulis…. Penyediaan website dan hosting, anda boleh upah orang untuk lakukan juga! Ini sekiranya anda banyak modal la…

Anda ingin menulis sendiri? Tapi ini adalah ebook anda yang pertama? Tidak tahu cara dan teknik yang betul dalam menulis ebook? Mana nak dapat idea? Macam mana nak sedia ebook secara cepat? Website? Promosi? Mana nak dapat trafik ke laman web ebook anda? Tiada trafik = tiada jualan!

Jadi, mengapa tidak belajar dengan yang pakar? Maksud saya, Pakar eBook! Belajar macam mana:

  1. Mencari idea
  2. Menulis ebook
  3. Membina web jualan
  4. Menulis surat jualan power
  5. Melakukan pra-jualan
  6. Memasarkan eBook!

Semua lengkap! Semua dalam satu pakej! Semua pada 1 guru! Tidak perlu bersusah-susah kesana kemari mencari guru bagi setiap proses penjualan ebook. Jadi, mana nak dapat pakej belajar dengan Pakar eBook ini?

Layari: http://tinyurl.com/277z8uz

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Insyaallah 2 hari lagi umat Islam akan menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keistimewaan dan keberkatan. Di mana terdapatnya malam yang sungguh istimewa dan banyak kelebihannya iaitu Malam Lailatul Qadr.

Persediaan untuk kita mencari atau menikmati malam Lailatul Qadr bukan hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Ia perlu dilakukan senantiasa. Ketahui kaifiat bagaimana kita mencari malam Lailatul Qadr yang menjadi malam yang sungguh istimewa untuk umat Muhammad mengikut panduan Imam Al-Ghazali.

Lihat Video: http://www.ahmadiah-idrisiah.com/video-qadr.php

Selamat berpuasa dan mudah-mudahan mendapat keberkatan Allah.

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Gambar ini diambil oleh isteri saya pada malam Jumaat 15/07/2010 yang lepas di sekitar kawasan rumah kira-kira jam 9 malam++. Pada mulanya bercadang untuk mengambil gambar bulan, namun kamera yang digunakan tidaklah sehebat mana. Gambar tidak jelas kerana jarak zoom yang terbatas.

Dengan menggunakan kamera digital Panasonic Lumix 10 mega pixels – 4x optical zoom. Perhatikan pada objek-objek bulat berwarna putih.

Apa pendapat anda?

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Ungkapan “Berapa mahu @ hendak kasi, seikhlasnya..” selalu kita ucap atau dengar mungkin ketika mendapatkan khidmat rawatan tradisional @ alternatif di kampung mahu pun di bandar. Perawat tidak menetapkan sebarang harga atau yuran khidmat yang telah diberi. Terpulang kepada si pesakit yang menerima rawatan untuk memberi upah atau pemberian ikhlas tanda terima kasih atas usaha perawat membantu pesakit. Ada juga sebahagian perawat menyatakan sebagai pemutus atau pengeras agar si perawat tidak terbeban kepada penyakit si pesakit.

“Pemberian” ini yang selalunya berbentuk wang ringgit. Mungkin disebabkan ianya mudah di bawa dan universal. Dahulunya mak bapak datuk nenek kita bila berubat, RM5, RM10 atau RM15 begitu sinonim dengan harga pemberian yang diberi. Itu kira-kira 20 tahun kebelakang. Namun adakah nilai RM5, RM10, RM15 mahupun RM20 masih relevan untuk masa sekarang dalam alaf baru ini? Dengan kadar harga barangan yang naik macam tak ingat? Adakah berbaloi si perawat memberi khidmat sebaik mungkin dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dengan balasan RM10?

Cuba anda bayangkan, ANDA seorang tukang urut. Mengambil masa dalam tempoh 30-45 minit mengurut badan (bergantung kepada masalah). Merasai sakit orang yang anda bantu dan berhadapan dengan pelbagai ragam karenah orang. Telah menyelesaikan masalah sakit yang mereka telah tanggung selama beberapa hari @ minggu @ bulan yang mana ramai doktor @ tukang urut lain yang mereka temui pun tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Apabila selesai dan badan kembali segar, mereka dengan “ikhlasnya” hanya memberikan RM20 untuk segala usaha anda? Berbaloi? Kos untuk rawatan di klinik pun mahu-mahu mencecah minimum RM50. Bagaimana pula jika 2 orang urut hanya mendapat RM10?

Memang dikata “seikhlasnya” namun kita haruslah memahami dan menghargai usaha mereka yang telah membantu. Adakah kita begitu “kedekut” dengan nilai RM30 atau RM50 dengan nikmat kesihatan, keselamatan yang dikecapi? Kalau begitu kedekut, baik pergi sahaja ke klinik atau hospital atau cuba ubat sendiri. Menjadi atau tidak?

Jadi, sebelum anda memberi tanda terima kasih cuba anda fikir-fikirkan…

  1. Kronik/berat atau tidak penyakit/masalah aku nie
  2. Kalau aku pergi klinik @ hospital, berapa aku kena bayar
  3. Doktor boleh selesaikan ke?
  4. Sanggup aku tanggung sakit nie lama-lama lagi?
  5. Aku nie orang jenis menghargai pertolongan orang ke tidak

Tenung-tenungkan…

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Pejam celik, pejam celik… kita sekarang telah berada penghujung bulan May 2010. Lebih kurang dua minggu lagi bulan Rejab akan muncul. Bermulalah persediaan kita untuk meraikan Ramadhan dan bergembira di Syawal. Banyak persediaan perlu dilakukan tidak kira dari spiritual mahupun kewangan.

Apatah lagi hari raya yang sudah semestinya membuatkan ramai orang pening kepala memikirkan duit-duit yang bakal keluar mencurah-curah.

  1. Persediaan pakaian anak-anak sekeluarga
  2. langsir baru bersesuaian dengan tema tahun ini
  3. cat rumah yang kian pudar
  4. kuih-muih
  5. duit minyak & tol untuk balik ke kampung

Bagi mereka yang telah bersedia sejak awal, alhamdulillah… Selamat… Bagi yang baru dapat bonus, harus beringat. Simpan-simpan la sikit untuk hari raya dan musim sekolah pada hujung tahun nanti. Tetapi bagi mereka yang budget masih tidak mencukupi atau senang cerita langsung takder… bagaimana?

Pencarian duit raya 2010 kini bermula!

Anda harus bertindak sekarang sekiranya anda ingin beraya pada tahun ini. Macam-macam cara boleh kita boleh buat untuk mendapatkan duit untuk beraya. Salah satu cara adalah dengan berniaga produk-produk berkaitan hari raya seperti baju raya, songkok, tudung, kasut, langsir, sarung kusyen, pelita, kad ucapan, kuih raya dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang tidak ada modal atau tidak mahu berniaga bagaimana? Apa yang nak dibuatnya?

Jangan risau… ada jalan penyelesaiannya…  Tapi persoalannya, samada anda percaya atau tidak? Mahu lakukan atau tidak?

  1. Dengan hanya bermodalkan minima RM20 sahaja sekali seumur hidup
  2. Tanpa risiko yang akan membuatkan anda muflis atau dikejar ceti haram
  3. Memperkenalkan kepada 2 orang kenalan anda
  4. Mendapat limpahan (spillover) rakan tajaan
  5. Beroperasi secara online 24/7
  6. Auto re-entry

Apa kata anda layari laman web http://www.adisurya.com/duitraya2010 untuk mengetahui rancangan kita cari duit raya tahun 2010 ini.

Popularity: 1% [?]

Related Posts: