Mempelawa kepada mereka yang berminat untuk membeli sebidang tanah seperti butir-butir berikut:

Lokasi: PT3791, Batu 31, Jalan Bangi Salak, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan

Keluasan: 4.25 ekar

Pegangan: Freehold (Rezab Melayu)

Kawasan berbukit tetapi tidak tinggi. Tanah telah dipecah kepada 19 lot + 1 lot permainan & TNB. (more…)

Popularity: 5% [?]

Related Posts:

Alhamdulillah, Ustaz Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad telah sudi berkongsi gambar-gambar ketika Majlis Perletakan Batu Asas Ma’ahad Al Islami Manarut Taqwa pada 14 November 2009.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Related Posts:

Mungkin para pembaca pernah membaca post saya yang terdahulu mengenai usaha untuk mendapatkan sumbangan dana bagi pembinaan sebuah madrasah di Pulau Pinang. Madrasah tersebut adalah Ma’ahad Manarut Taqwa. Baru-baru ini pengetua Ma’ahad telah menghubungi saya untuk berkongsi maklumat terkini.

Alhamdulillah, berkat sumbangan orang ramai, sebahagian pembangunan telah berjaya dilaksanakan. Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang sudi dikongsi oleh Ustaz Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad untuk tatapan para pembaca. Mungkin sebelum ini ada yang tidak percaya atau tidak yakin akan pelan pembangunan tersebut, mungkin kini anda boleh pertimbangkan kembali. (more…)

Popularity: 2% [?]

Related Posts:

1. Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2. Mula dengan wawasan di dalam minda.
Bina wawasan berdasarkan prinsip “utara-benar”. Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3. Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian (solutions) yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian (solutions) yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan (group) mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

Sumber: Pari Pari Duit

Popularity: 4% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Nampaknya tidak sunyi laman web Facebook dengan pelbagai program menjana pendapatan. Dari yang berbayar hingga kepada yang percuma. Samada kita mahu mencuba program yang ditawarkan atau tidak.

Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan satu lagi program penjanaan pendapatan di Facebook. Dengan tidak perlu bermodalkan sesen pun malah diberi percuma USD1 apabila kita mendaftar. Easy Cash! on Facebook menghubungkan pengguna Facebook dengan syarikat-syarikat yang memerlukan pendapat anda melalui survey-survey yang mereka sediakan. Mereka juga menawarkan wang sebagai ganjaran melengkapkan survey mereka.

Bertambah menarik, apabila Easy Cash! on Facebook memberikan insentif 5% daripada hasil pendapatan dari rakan-rakan yang anda perkenalkan. Sebagai contoh, anda memperkenalkan 100 orang rakan dan setiap seorang menjana $100, anda akan memperolehi pendapatan $500 senang-senang sahaja. Wang dihujung jari anda! Selain itu juga, $0.02 untuk anda bagi setiap pendaftaran rakan yang anda perkenalkan. Nampak nilai seperti sedikit, namun apabila ramai rakan anda menyertai, maka jumlahnya akan menjadi besar.

Wang ini kelak boleh ditunaikan melalui cek atau melalui akaun PayPal anda setelah mencapai $5.00! Tahukah anda, wang di PayPal kini boleh dipindah terus ke Maybank atau bank tempatan lain di Malaysia? Mudah bukan? Tiada PayPal? Daftar PayPal sahaja secara percuma.

Jika anda seorang pengguna Facebook, lebih-lebih lagi “pengguna gila” Facebook. Anda harus ambil peluang ini sambil-sambil berborak atau bersosial dengan rakan-rakan FB anda. Usah malu atau segan, kongsikan sahaja peluang ini. Mana tahu, ini rezeki anda?

Sekiranya anda berminat, sila layari http://apps.facebook.com/easycash-usd/?refid=1147269886 sekarang untuk mendaftar secara percuma dan mula buat duit dari Facebook!

p/s – pada saat ini, saya telah mendapat $1.17.

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts