Saya dengan berbesar hati ingin mengadakan Jualan Amal Magic Iron Pad kepada para pembaca sekalian. Sebahagian dari hasil jualan akan disalurkan kepada penerima-penerima yang terdiri dari anak-anak yatim miskin dan dana pembinaan sekolah ma’ahad.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

  1. memilih penerima sumbangan anda.
  2. melakukan belian menggunakan link yang disediakan.
  3. terima barangan melalui pos.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Related Posts:

Kita menarik apa sahaja yang kita fokuskan samada ia positif atau negatif. Hukum alam tidak mendiskriminasi, ia hanya bertindakbalas kepada anda. Pemikiran kita adalah yang mencipta dunia luaran kita. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam diri kita, kita boleh mencipta kehidupan yang kita inginkan. Lihatlah dalam-dalam tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.

Mulakan dengan memantau pemikiran anda dan lihat jika ianya harmoni dengan impian-impian anda. Mungkin ada sedikit pemikiran negatif yang hadir dalam minda anda. Ini mungkin keraguan, cemburu, kebencian dan dengki. Ini adalah sikap negatif dan tidak akan membantu dalam perlaksanaan Hukum Tarikan.

Mulakan dengan menunjukkan kasih sayang kepada semua manusia. Satu tabiat buruk yang ramai orang memilikinya adalah mereka mengutuk kekayaan. Mereka mengatakan orang kaya adalah penipu, pencuri dan rasuah. Dengan melakukannya, anda menghantar getaran negatif kepada alam semesta terhadap wang. Ini akan menyebabkan anda terus miskin. Justeru itu, anda harus memuji dan bangga terhadap orang kaya yang mana mereka telah keluar daripada alam kemiskinan. (more…)

Popularity: 2% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Sebagaimana kita ketahui, di Malaysia untuk akaun simpanan emas hanya terdapat di Maybank dan Public Bank. Harga jualan dan belian bagi setiap bank adalah berbeza, bergantung kepada polisi bank masing-masing. Harga emas ini adalah mengikut kadar pasaran emas semasa.

Harga Jualan Emas di Kaunter Maybank (Counter Rate)

Harga Jualan Emas di Kaunter Public Bank (Counter Rate)

(more…)

Popularity: 3% [?]

Related Posts:

Aktiviti yang ramai orang malas nak buat. Menggosok Pakaian… :(

Hari-hari nak kena gosok baju. Kesian pada isteri dan para wanita sebab nak kena gosok baju untuk suami serta anak-anak. Banyak tu nak kena gosok. Belum gosok baju sendiri… Sehelai baju bukan boleh gosok sekali sajer, nak kena gosok depan belakang. Baju licin ada, baju sutera ada, sutera korea, sutera kelantan, sutera india, macam-macam ada. Gosok sikit, tapi dia punya lari… bukan makin licin, jadi makin berkedut ada. Letih… letih… (more…)

Popularity: 2% [?]

Related Posts:

Esok YAB Tan Sri Muhiddin akan membuat lawatan kerja ke Negeri Selangor. Salah satu tempat yang akan dikunjungi beliau adalah kampung ku ini, Kampung Sijangkang! Beliau akan bersarapan bersama warga Sijangkang & murid-murid Sekolah Kebangsaan Sijangkang pada 8.30pg. Jemput bersarapan bersama kami!

Patut la anak-anak ku beriya-iya mengajak aku dan isteriku hadir ke sekolah esok. Mereka seronok dan teruja untuk menemui TPM. Kena la aku bercuti esok. Takpa la, asal anak-anak happy. Kemudian, beliau juga akan singgah melawat sekolah menengah tempat aku belajar dulu, Sek Agama Men (T) Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis, Banting. Betuah sekolah aku…. hehehe. Al maklum, orang kuat BN Kuala Langat adalah mantan guru sekolah tersebut.

Kita tengok esok macam mana, ambik gambar dan video untuk share kepada anda.

Popularity: 2% [?]

Related Posts: