Sambil dok kerja, dengar koleksi lagu-lagu kumpulan Wings. Ada satu lagu berjudul Perhentian dari album yang no berapa aku tak tahu. Tapi bagi fans Wings pasti tahu.

Sedap memang sedap si Awie bawa lagu tu. Tapi bagi kita yang dengar nie, dapatkah kita menghayati lirik lagu tersebut?

Perhentian

Artist: Wings

Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri Oh.. Oh..
Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan pegaganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri

Persoalannya, apakah “perhentian” yang dimaksudkan itu? Tercicir? Pegangan? Kekaburan?

Renung-renungkan lah….

Popularity: 2% [?]

Related Posts:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah yang Esa lagi Kaya, Maha Pemurah dan banyak Memberi, rezekiNya berlimpah-ruah, Maha Pembelas lagi banyak berbudi, Dialah yang mengutus Muhammad penutup para Nabi, dengan perutusan daripadaNya kepada sekalian manusia dan jinni, Dia menurunkan ke atasnya pula Kitab Al-Furqan, Kitab yang terkandung di dalamnya segala petunjuk buat manusia, dengan bermacam-macam keterangan yang merupakan pimpinan dan pembeza, dan disyariatkan bagi ummatnya apa yang pernah diwasiatkan dengannya kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa pun sama, dan diutamakan agama ini di atas segenap agama-agama yang lama.

Aku mohon kepada Allah dengan beristighfar banyak-banyak kepadaNya, dan tiada sedikit pun aku meniatkan pada menyusun blog yang ringkas ini, kecuali atas niat-niat yang baik.

“Tiadalah aku dapat membersihkan jiwaku, kerana sesungguhnya jiwa itu selalu mengajak kepada kejahatan, kecuali sesiapa yang dilimpah rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku itu Maha Pengampun Maha Pembelas.” (Yusuf:53)

Tiada daya dan tenaga melainkan dengan kehendak Allah, kepadaNya saya berserah diri dan kepadaNya saya kembalikan cita-cita, serta daripadaNya saya datangnya taufiq dan hidayah. Mudah-mudahan usaha saya yang kecil ini dapat memberikan manfaat kepada diriku dan sekalian pembaca, dan kerananya pula saya akan diberikan balasan yang setimpal, yang terutama sekali mensucikan diri dari segala macam dosa dan celaka.

Ya Tuhan kami! Kurniakanlah diri, ibu bapa, keluarga, datuk nenek moyang, anak zuriat keturunan kami, hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, dan selamatkanlah kami dari siksa api neraka! Amin!.

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts