By | November 22, 2009

Dalam zaman sekarang, siapa yang tidak kenal Microsoft Excel? Salah satu perisian hamparan (spreadsheet) dalam pakej Microsoft Office. Mungkin orang tidak menganggap MS Excel ini penting berbanding MS Word atau MS Powerpoint. Tapi bagi saya, MS Excel ini amat penting dan significant dalam kerjaya saya. Jika dahulu Lotus 123 banyak digunakan, tetapi kini MS Excel telah menguasai pasaran.

Berkerjaya dalam bidang perakaunan memang MEWAJIBKAN individu itu menguasai komputer dan perisian MS Excel. Ini untuk membantu mempercepatkan dalam penyediaan imbangan duga (trial balance), kunci kira-kira (balance sheet), penyata pendapatan (income statement), laporan dalam bentuk jadual atau graf, serta laporan-laporan kewangan yang lain. Bayangkan, pada temuduga saya yang pertama di tahun 1994 di sebuah anak syarikat GLC. Mereka menguji kebolehan saya dalam penggunaan Lotus 123 secara lisan!

Sekiranya kakitangan itu tidak tahu, tidak mahir dan lambat dalam mengendalikan MS Excel, pasti laporan-laporan tersebut tidak dapat dikeluarkan pada tempoh yang ditetapkan dan selalunya tempoh masanya amat singkat. Dateline amat penting dalam perakaunan!

Itu saya di dalam kerjaya perakaunan. Bagaimana pula mereka yang terlibat dalam pemasaran, pembelian (purchasing), kesetiausahaan, pengurusan dan lain-lain? Pemerhatian saya di tempat saya bekerja kini, tidak kira dibahagian mana, kelemahan dalam pengendalian perisian MS Excel memang ada. Walaupun penggunaan hanya untuk membuat laporan jualan atau belian.

Sekiranya anda, yang kini masih mencari kerja pula. Saya syorkan anda mempelajari perisian MS Excel dan MS Word sekurang-kurangnya. Kebolehan mengendalikan komputer dan perisiannya pada masa kini telah menjadi kemestian bagi setiap pekerja.

Bagi membaiki kelemahan ini, tiada cara lain melainkan BELAJAR. Anda ada pilihan:

  1. Anda boleh menyertai kelas belajar MS Excel dengan yuran serendah RM80 sebulan bagi tempoh 3 bulan atau RM950 untuk kelas 2 hari.
  2. Membeli buku MS Excel di kedai buku berhampiran juga dapat membantu. Namun kebanyakkan buku MS Excel di dalam bahasa Inggeris dengan harga lingkungan RM30 – RM100 senaskah. Jarang ada buku MS Excel dalam bahasa Melayu.
  3. Bertanyakan kepada Pak Google terhadap kemuskilan MS Excel anda secara percuma.
  4. Mendapatkan ebook Rahsia Mahir Excel dalam bahasa Melayu dengan kadar yang murah dihujung jari anda!

Dapatkan ebook Rahsia Mahir Excel sekarang dan mampu menjadi pakar seperti saya!

Related Posts:

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *