By | January 18, 2011

Mungkin para pembaca pernah membaca post saya yang terdahulu mengenai usaha untuk mendapatkan sumbangan dana bagi pembinaan sebuah madrasah di Pulau Pinang. Madrasah tersebut adalah Ma’ahad Manarut Taqwa. Baru-baru ini pengetua Ma’ahad telah menghubungi saya untuk berkongsi maklumat terkini.

Alhamdulillah, berkat sumbangan orang ramai, sebahagian pembangunan telah berjaya dilaksanakan. Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang sudi dikongsi oleh Ustaz Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad untuk tatapan para pembaca. Mungkin sebelum ini ada yang tidak percaya atau tidak yakin akan pelan pembangunan tersebut, mungkin kini anda boleh pertimbangkan kembali.

Surau Al-Kauthar,Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa,telah dibina dengan kos RM270,000.00,diatas tanah lot 135, Mk-3, Sungai Rusa, Balik Pulau, P.Pinang yang telah dibeli dengan harga RM130,000.00, Surau ini telah 90% disiapkan, hanya tinggal elektrik, siling dan cermin pintu@tingkap sahaja.

Disebelahnya ialah banggunan pejabat pentadbiran yang dibina dengan kos RM27,000.00. Sedang menanti untuk dibangunkan ialah sebuah banggunan 2 tingkat asrama, kelas dan rumah penginapan kakitangan dengan kos anggaran RM 1.5 Juta. Semuga usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan harapan ianya diredzai ALLAH SWT.

Sehubungan dengan itu, memohon PERHATIAN KHAS dari Muslimin/Muslimat untuk menghulurkan sedekah/jariah/sumbangan untuk menjayakan pembinaan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa. Segala sedekah/jariah/sumbangan boleh disalurkan kepada:

MA’AHAD AL-ISLAMI MANARUT TAQWA

CIMB Al-Wadhiah No Akaun 0734-00000-35209

Segala urusan / keterangan lanjut sila hubungi:

Tuan Pengetua/Mudir: Ustaz Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad012-429 6542
Setiausaha: Mohd Faizal Bin Hozizan016-477 4278
Bendahari: Mohd Nasir Bin Hj Hashim019-424 3018

Alamat: 63, MK 3, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang.

Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Insyaallah…

p/s – Tapi ingat, jangan pikir sangat dengan pahala… nanti bala yang menimpa (pesanan Tn Guru). Yang penting niat & tanggungjawab kita kepada Agama dan rezeki Allah yang kita terima…

Related Posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *