Memohon sumbangan kos sara hidup di asrama Rumah Amal Anak Yatim YPIN, Sg Manggis, Banting. Ada 32 orang anak yatim dan kos adalah RM350 seorang untuk setahun. Mereka berkongsi 2 bilik tidur (1 lelaki / 1 perempuan).

Sesiapa yg ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi penjaga atau pegawai yang bertanggung jawab.

Alamat rumah tersebut:

Rumah Amal Anak Yatim YPIN
Lot 873A
Jalan Banting Klang,
Kg Sg Manggis, Banting.
Tel: 03-3180 3672
Fax: 03-3180 3671

CIMB:12022892464056 (Rumah Amal Anak Yatim YPIN)

p/s – Sekarang dah dekat hujung tahun. Sesiapa yang rasa nak kurangkan bayaran income tax boleh buat sumbangan kepada institusi yang dibenarkan oleh LHDN. Tapi pastikan dapat resit yang sah!

Popularity: 15% [?]

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Related Posts:

28 Comments

  • aizuddin says:

    salam..?Saya b’cadang n b’niat untuk membawa semua warga rumah anak yatim sg manggis ini utk beriadah. Jika pihak tuan/puan setuju,bolehkah saya mendapat p’setujuan dr pihak tuan/puan. Kemungkinan riadah yg saya cadangkan adalah makan b’sama2 atau beriadah bbq di pantai or kawasan asrama. Di harap pihak tuan/puan dpt memberitahu secepat mungkin untuk saya menguruskan tempat dan masa yg sesuai. Sekian..?Hp: 0133358030

  • Adi Surya says:

    Salam Aizuddin,

    Alhamdulillah.. niat yang baik.. Harap saudara dapat menghubungi pihak Rumah Anak Yatim di talian 03-3180 3672… mudah-mudahan berjaya & lancar..

  • syahrul@melaka says:

    salam…
    sy ingin tahu adakah pihak rumah ini mempunyai ejen2 yg buat pungutan sekitar melaka??
    boleh sy dapatkan maklumat org2 tersebut?

  • Adi Surya says:

    Wsalam,

    Mohon Tn Syahrul menghubungi pihak Rumah Anak Yatim.

    Untuk pengetahuan pembaca semua, saya hanya mempromosi @ mengwar-warkan hajat Rumah Anak Yatim tersebut. Saya bukannya ejen atau wakil yang dilantik untuk sebarang urusan atau kutipan. Mohon berurusan terus kepada pihak berkenaan.

  • siti fariza says:

    salam..sy siti fariza wakil pelajar uitm shah alam tahun akhir ingin membuat program di rumah anak yatim. program yg akan kami jalankan bertajuk “Basic Learning in Computing Skills Among Orphanage”. kami seramai 37 org pelajar uitm memohon untuk mengadakan program ini di rumah anak yatim sungai manggis.segala kelengkapan pada hari tersebut akan kami sediakan.kami bercadang akan jalankan program tersebut antara 6 hingga 12 jun mengikut kelapangan pihak tuan.

  • Adi Surya says:

    Insyaallah.. akan saya panjangkan kepada pihak RAYSuM..

  • siti fariza says:

    salam..maaf..tarikh program pada 19 jun 2010. semua telah diaturkan..dengan harapan program dpt di jalankan dengan lancar

  • fauzee says:

    salam
    adakah pihak ypin ada mempunyai agen utk mengutip derma dari orang ramai?

  • BONI says:

    Saya adalah salah seorang peserta Jangan Lupa Lirik Musim 3 (JLL3).Baiklah,di sini saya mempunyai satu cadangan di mana saya hendak mengumpulkan peserta2 JLL3 dengan niat untuk mengadakan persembahan amal untuk anak-anak yatim ini.Rata-rata peserta JLL3 ini boleh menyanyi dan menghiburkan.Jadi,saya hendak bertanya samada ada atau tidak aktiviti atau program yang melibatkan semua rumah anak yatim satu daerah atau negeri selangor?contohnya seperti program raya dan berbuka puasa.Jika ada,bolehkah kiranya kami peserta JLL3 untuk mengadakan persembahan amal dan menggembirakan mereka?Dan jika ada,apakah prosedur-prosedurnya?

  • Adi Surya says:

    wsalam. Saya tidak pasti samada pihak YPIN ada melantik sebarang wakil @ agen untuk mengutip derma. Boleh rujuk kepada pihak mereka untuk kepastian. Apa yang saya cadangkan, sekiranya ingin menderma elok hantar terus ke pihak yang berkenaan. Nanti kata wakil tu tipu atau sebagainya.

  • Adi Surya says:

    Cadangan yang bagus. Mungkin boleh buat aktiviti anjuran bersama dengan badan kerajaan, NGO atau badan2 politik. Sebab dia orang yang selalunya buat event. Melainkan Boni sendiri nak buat event & kumpul rumah anak2 yatim.

    p/s – Jangan lupa lirik lagi time nyanyi udah la.. hehehe gurau jer..

  • pengasasbksk says:

    salam jalinan ukhuwah..layari http://www.bksk.org.my
    TQ
    Pengasasbksk

  • Lynn says:

    Salam. Mohon kepastian, terdengar desas-desus mengatakan bahawa Pihak Rumah Anak Yatim Darul Ehsan akan mewujudkan sebuah lagi rumah anak yatim di sekitar Melaka. Jika ia benar, bolehkan tuan berkongsi dengan saya mengenai perihal tersebut?

  • Rosle says:

    Salam. Mohon kepastian, terdengar desas-desus mengatakan bahawa Pihak Rumah Anak Yatim Darul Ehsan akan mewujudkan sebuah lagi rumah anak yatim di sekitar Melaka. Jika ia benar, bolehkan tuan berkongsi dengan saya mengenai perihal tersebut?

  • MD NOH says:

    sila lihat maklumat untuk kepastian
    tentang RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN

    http://pkaydem.com/index.html

  • Rosle says:

    Saya telah melihat link tersebut. Tapi rasanya tidak membantu. Boleh beri penjelasan selanjutnya?

  • angah says:

    salam.. sy dan rakan2 ingin pegi melawat anak2 yatim di tempat ini awal buln 11 2010 ini.. nak menghantar sedikit sumbangan walaupun tidakla banyak.. ade sebarang prosedur ke yang perlu kami buat?? terima kasih..:)

  • Adi Surya says:

    Alhamdulillah…. saudara/i boleh datang terus ke Rumah Anak Yatim tersebut. Sekiranya ingin mengadakan sebarang majlis, elok untuk berhubung dengan pihak Rumah Anak Yatim untuk sebarang arrangement.

    Link website di komen sebelum ini boleh digunakan.

    Semoga usaha murni saudara/i dipermudahkan dan diberkati Allah… Insyaallah..

  • ana says:

    Salam.
    Ana ada terima phone call sebentar tadi untuk beri sumbangan kepada Rumah Anak Yatim di Sg Manggis, anggaran 60 orang anak yatim. Insya’allah ana akan buat chocolate untuk di beri kepada anak2 istimewa. Semuga mereka dapat menikmati kemeriahan di Hari Raya Haji tahun 2010 ini. Insya’allah. Terima kasih.. ana, Lovehomemade chocolate

  • Rosyati Binti Basuri says:

    Assalamualaikum…saya ingin mengetahui no. akaun bank rumah anak yatim. Harap dapat dinyatakan untuk memudahkan orang ramai menyalurkan bantuan. Terima kasih

  • NORASMAH says:

    Adakah YPIN merupakan rumah anak yatim yang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat?

  • siti balqish says:

    assalamualaikum…..sy berminat nk jd sukarelawan @ laen di rumah ank yatim….lau ad kekosongan blhlh memaklumkan kpd sy……

  • zuraini says:

    Salam, saya telah hubungi Tuan Ibrahim, pengasas rumah anak yatim YPIN ini. Menurut beliau, agen kutipan di Melaka sudah ditamatkan perkhidmatannya. Sebarang sumbangan boleh terus ke akaun CIMB:12022892464056 (Rumah Amal Anak Yatim YPIN)

  • aishah says:

    saya ingin tahu samada derma yang diberikan kepada rumah amal anak yatim YAPIN atau pertubuhan kebajikan anak yatim darul ehsan malaysia layak mendapat pelepasan cukai pendapatan.

    terima kasih
    aishah

    Jika tak silap saya, YPIN adalah salah satu organisasi berdaftar yang layak bagi mereka yang menyumbang mendapat pelepasan cukai. No rujukan saya tidak ada. Namun boleh hubungi pihak pentadbir.

  • Azmi Jaafar says:

    rumah amal YPIN ada website?

    Dedicated website takder sapa nak buat. Kalau tanya pak Google, web ini akan keluar: http://rumahamalanakyatimypin.blogspot.com/. Pada Facebook pun ada: http://www.facebook.com/pages/Rumah-Anak-Anak-Yatim-YPIN/230788923329

  • ain says:

    assalamualaikum
    sy nk tnye boleh ke klu ad individu yg mahu membuat sukarelawan di tempat ni?

    Should be no problem. Mereka mengalu-alukan para sukarelawan utk membantu dalam pembelajaran anak-anak yatim. Sila hubungi pihak pentadbir.

  • siti hawa says:

    salam. saya wakil dari pelajar uitm ingin mengadakan kerja amak dan aktiviti bersama-sama anak yatim yang berada di bawah jagaan encik. kami seramai 32 orang. bercadang ingin membuat pada 24/12/2011.

  • Nurul Hannani Hashim says:

    salam…saya ingin menjadi sukarelawan o tenaga pengajar sementara di sini,boleh ke?

1 Trackback or Pingback

  • [...] bercadang untuk mengumpulkan sumbangan produk Alpha Lipid LifeLine ini untuk disumbangkan kepada Rumah Amal Anak Yatim YPIN Sg Manggis, Banting, Selangor. Dianggarkan ada lebih daripada 30 orang anak-anak yatim di rumah amal [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*