Guna Air Berlumut Proses Tauhu

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan SHAH NIZAM OMAR
khas@kosmo.com.my

KAJANG – Terlalu menjijikkan. Begitulah keadaan yang boleh digambarkan apabila kilang tauhu kering yang beroperasi bersebelahan kandang anjing di Cheras di sini, setelah diserbu oleh pihak berkuasa semalam.

Paling meloyakan ialah, ribuan lalat menghurungi tauhu-tauhu yang sedang dalam proses pengeringan manakala alatan yang digunakan sudah berkarat dan buruk yang dikatakan telah digunakan sejak 13 tahun lalu tanpa ditukar yang baru.

Selain itu, proses membuat tauhu tersebut menggunakan air yang diperoleh daripada sebuah kolam takungan yang sudah berlumut dengan air kotor berwarna kehijauan.

Penggunaan air tersebut diakui sendiri oleh seorang pekerja kilang tersebut yang memberitahu air daripada kolam yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut digunakan untuk memproses makanan tersebut.
Malah, kelibat anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan kilang juga menjadikan produk makanan tersebut tidak sepatutnya dijual kepada orang ramai di negara ini.

Namun, penemuan yang paling mengejutkan ialah pengusaha kilang tersebut masih menggunakan logo halal yang sudah tamat tempoh sejak Januari 2003 dan perkara itu disahkan oleh wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tidak kurang 20 ekor anjing yang dikurung di sebelah kilang itu pula difahamkan sedang menjalani proses jagaan dan rawatan sebelum dijual sebagai haiwan peliharaan. Pusat jagaan anjing itu yang dimiliki oleh pengusaha lain terletak hanya kira-kira 15 meter dari kilang tersebut. Bersebelahan kilang tersebut ialah kawasan pangsapuri dan Sungai Balak.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman, pihaknya sudah mengarahkan kilang itu ditutup serta-merta dan lesen ditarik balik.

“Pemilik perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kerana melanggar syarat lesen perniagaan seperti gagal memastikan kebersihan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Operasi yang turut disertai oleh Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ekoran laporan Kosmo! semalam mengenai kewujudan sebuah kilang memproses tauhu kering yang didakwa penduduk menjalankan operasi di kawasan kandang ternakan babi.

Jelas Kamarul lagi, MPKj turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada pengusaha tauhu di bawah undang-undang Trit Perdagangan dan Industri.

Pemilik kandang anjing itu pula dikompaun RM25,000 dan diarah merobohkan kandang itu serta-merta kerana tidak mendaftarkan perniagaan tersebut.

“Walaupun arahan roboh dikeluarkan serta-merta tetapi MPKj memberi tempoh selama 30 hari untuk pemiliknya mengeluarkan barang-barang mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Pemantauan SSM, Narainasami Alagu berkata, kilang itu turut disaman kerana gagal mempamerkan papan tanda dan nombor pendaftaran perniagaan.

Menurut Ketua Seksyen Pemantauan SSM, Narainasami Alagu, tindakan tersebut diambil di bawah kaedah 17 A(2) yang membawa hukuman denda sebanyak RM10,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Popularity: 4% [?]

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Related Posts:

  • No Related Posts
September 15, 2008Permalink 1 Comment
One Response to Guna Air Berlumut Proses Tauhu
  1. abdul aziz ismail says:

    Assalamualaikum wbt
    Samoga dilindungi Allah semua dan dlm keadaan sihat dan baik

    Ucapan ribuan terima kasih untuk KOSMO serta wartawan khas ‘JUHAIRI ALYASA dan SHAH NIZAM OMAR’ yg telah mendedahkan beberapa penyelewengan dan penipuan kpd pengguna-pengguna terutamanya umat Islam yg amat mementingkan ‘Halalan Toyyiban’ bagi menyempurnakan amalan ibadat mereka (doa) dan saksiyah yg baik.

    Makanan dan minuman yg kotor dan tidak halal menjadi tumpuan peniaga-peniaga yg mencari keuntungan serta menipu pengguna-pengguna diMalaysia .

    Syabas dan tahniah kpd KOSMO ,teruskan tugas kalian dan teruskan,teruskan serta dedahkan kpd masyarakat (ummah) sabagai ibadat dan tugas kita bersama.

    Kapada pihak yg berwajib janganlah tutup mata kerana menusia ni memangnya degil dan sentiasa mencari alasan demi alasan bagi kepentingan mereka,olih itu tindakan saman dan senarai hitam serta sentiasa memantau kpd mereka yg sengaja melakukan perkara ini demi kesejahteraan ummah (masyarakat)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>