By | November 8, 2015

Sebelum anda menyertai mana-mana bisnes MLM atau network marketing, adalah lebih baik untuk mengenal pasti tahap daya ketahanan anda terhadap risiko yang bakal dihadapi. Umpama anda ingin melakukan sesuatu pelaburan, anda kena tahu risiko pelaburan anda.

Dalam bisnes MLM diantara perkara yang harus dipertimbangkan adalah modal dan pelan pemasaran.

Secara amnya terdapat 3 tahap risiko mengikut bisnes MLM:

graf-risiko_pulangan[1]

Konservatif

  • Berhati-hati atau memilih jalan selamat.
  • Tidak mahu mudah rugi dan memastikan risiko rendah.
  • Pulangan dalam keadaan yang perlahan tapi konsisten dan jumlahnya nampak kecil atau sen-sen.
  • Perlu banyak menaja untuk dapat volume besar dan menguntungkan.
  • Produk yang ditawarkan selalunya produk keperluan dengan kadar keuntungan yang kecil.
  • Modal yang dikeluarkan serendah RM30 hingga RM350.
  • Contoh bisnes seperti Tone Excel, AlHaddad Marketing, iShare

Sederhana

  • Berada di tengah-tengah: mengambil sikap berhati-hati tetapi bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan lebih baik.
  • Kombinasi menjual produk dan menaja rakan niaga.
  • Produk kesihatan dan kecantikan menjadi pilihan kerana keuntungan yang besar.
  • Tahap keahlian yang berbeza menawarkan tahap keuntungan.
  • Modal yang dikeluarkan selalunya diantara RM150 hingga RM2,000.
  • Contoh bisnes seperti DNG Worldwide

Agressif

  • Mengambil risiko besar untuk mendapat keuntungan besar.
  • Modal kemasukan yang besar kerana ingin menggunakan kelebihan pelan pemasaran.
  • Tertumpu untuk menaja seramai mana rakan niaga yang baru (head hunters).
  • Skill closing perlu power dan tunjuk bukti pencapaian.
  • Produk yang ditawarkan selalunya produk kesihatan atau produk yang kelihatan premium.
  • Modal yang dikeluarkan selalunya melebihi RM2,000.

Sekarang anda boleh memilih bisnes MLM yang bersesuaian dengan jiwa dan tahap risiko anda. Jangan pula nanti terbakar duit atau tersontot..

Related Posts:

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *