By | June 23, 2011

Saya dengan berbesar hati ingin mengadakan Jualan Amal Magic Iron Pad kepada para pembaca sekalian. Sebahagian dari hasil jualan akan disalurkan kepada penerima-penerima yang terdiri dari anak-anak yatim miskin dan dana pembinaan sekolah ma’ahad.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

  1. memilih penerima sumbangan anda.
  2. melakukan belian menggunakan link yang disediakan.
  3. terima barangan melalui pos.

RUMAH AMAL ANAK YATIM MISKIN YPIN
Lot 873-A, Kampong Sungai Manggis, Jalan Banting Klang, Banting, Selangor
Pejabat:- 03-31803672/016-6874646
Email :-Ibrahim.osman67@gmail.com
Website: http://raayypin.blogspot.com/

Dana bagi menampung kos perbelanjaan dan keperluan rumah anak-anak yatim ini yang terdiri daripada 47 orang. Belanjawan bulanan kewangan kasar adalah dalam lingkungan RM22,400.

Link untuk menyumbang: http://www.magicironpad.com/hop.php?ref=ypin

 

DANA PEMBINAAN MA’AHAD AL-ISLAMI MANARUT TAQWA
63, MK 3, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang
Tuan Pengetua/Mudir: Ustaz Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad – 012-429 6542

Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa ini adalah merupakan sebuah institusi Pendidikan Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 yang lalu dengan satu tujuan untuk berusaha MELAHIRKAN GENERASI BERTAQWA. Sasaran utama adalah pelajar yang terdiri daripada ANAK-ANAK YATIM, ANAK-ANAK TERBIAR, ANAK-ANAK GOLONGAN MISKIN DAN PELAJAR BERMASALAH. Memberikan pendidikan Akademik, Hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Ilmu Agama, Bahasa Mandarin dan Kemahiran Hidup. Sehubungan dengan itu, memohon PERHATIAN KHAS dari Muslimin/Muslimat untuk menghulurkan sedekah/jariah/sumbangan untuk menjayakan pembinaan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa.

Link untuk menyumbang: http://www.magicironpad.com/hop.php?ref=taqwa

 

PROGRAM ANAK YATIM DAN MISKIN, SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Telefon: 03-3122 6158

Bersempena Hari Raya 2011 yang akan datang, pihak PIBG akan menganjurkan program membantu murid anak-anak yatim dan miskin terdiri dari 83 orang murid (40 lelaki / 43 perempuan). Sumbangan akan diserahkan kepada para penerima pada Jumaat, 19/08/2011.

Link untuk menyumbang: http://www.magicironpad.com/hop.php?ref=sks

Segala sumbangan anda amat kami hargai dan kami ucapkan ribuan terima kasih. Semoga usaha murni anda diberkati oleh Allah SWT dan dimurahkan rezeki lagi untuk sentiasa melakukan amal jariah. InsyaAllah.

Related Posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *