By | May 17, 2011

Sebagaimana kita ketahui, di Malaysia untuk akaun simpanan emas hanya terdapat di Maybank dan Public Bank. Harga jualan dan belian bagi setiap bank adalah berbeza, bergantung kepada polisi bank masing-masing. Harga emas ini adalah mengikut kadar pasaran emas semasa.

Harga Jualan Emas di Kaunter Maybank (Counter Rate)

Harga Jualan Emas di Kaunter Public Bank (Counter Rate)


Terdapat dua (2) kadar harga:

  • Selling Price (Harga Jualan) – Harga jualan yang pihak bank tawarkan kepada anda. Ianya untuk anda beli (deposit).
  • Buying Price (Harga Belian) – Harga belian yang pihak bank tawarkan kepada anda. Ianya untuk anda jual (withdrawn).

Bila masa yang sesuai untuk saya beli atau jual?

Secara amnya, sebarang bentuk pelaburan (investment) yang melibatkan wang asing (forex), saham atau komoditi (emas, perak, minyak, dll) tujuan utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Ini bermakna, beli ketika harga turun dan jual ketika harga naik. Berapa banyak ianya turun atau naik adalah bergantung kepada modal dan strategi pelaburan anda.

Antara strategi lain yang boleh diguna-pakai adalah dengan membuat simpanan secara rutin. Menggunakan kadar purata simpanan untuk mengira keuntungan sesuatu pelaburan.

Tarikh Kadar/gm Belian Jualan Jumlah
14/3/2011 141.97 5.00 709.85
15/4/2011 146.37 5.00 731.85
16/5/2011 148.30 5.00 741.50
Jumlah 145.5467 15.00 2,183.20

Jumlah belian untuk 3 bulan adalah RM2,183.20 untuk 15gm dengan kadar purata RM145.55/gm. Sekiranya anda ingin menjual pada 16/05/2011, kadar harga Maybank adalah RM142.23/gm. Perbezaan sebanyak RM3.32/gm.

Tarikh Kadar/gm Belian Jualan Jumlah
14/3/2011 141.97 5.00 709.85
15/4/2011 146.37 5.00 731.85
16/5/2011 148.30 5.00 741.50
16/5/2011 142.23 5.00 (711.15)
Jumlah 147.21 15.00 5.00 1,472.05

Related Posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *