By | July 2, 2011

Saya memohon maaf kepada anda yang cuba access ke laman-laman web saya pada awal pagi ini. Web hosting saya telah mengalami masalah teknikal. Hanya saya ketahui seawal jam 7.30 pagi tadi ketika saya cuba melihat laman web wangXtra.com. Cuba juga untuk melayari laman web adisurya.com, namun gagal juga. Server memberi status 500 Internal Server Error. Connection melalui FTP juga gagal:(.

Agak cuak saya dibuatnya. Kena hacked ke hosting aku? Ye la, baru-baru nie banyak website kena hacked. Apa ke jadahnya, takkan web aku yang macam nie nak kena hacked juga? Saya terus membuat laporan ke webhosting saya melalui laman support mereka pada jam 7.40 pagi. Sementara menunggu reply, pie la¬†exercise kat luar rumah. Bertempur dengan pokok-pokok yang ganas tumbuh menjalar di kebun sebelah rumah nie…

Pada jam 8.41 pagi, menerima reply:

Thanks for waiting.

This issue has been fixed.

Kindly check and confirm the same from your end.

If you find that you need further information on this ticket, please feel free to reply to the ticket and it will open automatically.

Yahooooooo….. website dah live kembali…. Alhamdulillah… semuanya selamat.. tak perlu saya pening-pening memikirkan web-web yang perlu saya buat semula… Bila ditanya apa masalah yang berlaku, mereka kata “We already reset your permission & ownership.” Apa kebendanya pun aku tak tahu.. yang penting website aku selamat dan boleh buat bisnes semula.. huhuhu

Related Posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *