By | September 5, 2008

Marhaban Ya Ramadan! Marhaban! Marhaban!

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah dengan nikmat yang melimpah-ruah untuk dinikmati dan diberi kepada mereka yang memerlukan. Bergembiralah bagi mereka yang selalu mensyukuri nikmatNya dan mempergunakannya untuk jalan kebaikan @ kebajikan.

Telah lama saya berniat untuk membuat post khidmat masyarakat saya dalam blog ini. Alhamdulillah, termakbul juga pada hari ini. Sebagai permulaannya, ingin saya bawakan kepada anda tentang usaha untuk mengutip dana bagi pembinaan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa.

Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa ini adalah merupakan sebuah institusi Pendidikan Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 yang lalu dengan satu tujuan untuk berusaha MELAHIRKAN GENERASI BERTAQWA. Sasaran utama adalah pelajar yang terdiri daripada ANAK-ANAK YATIM, ANAK-ANAK TERBIAR, ANAK-ANAK GOLONGAN MISKIN DAN PELAJAR BERMASALAH.

Pada peringkat awal, telah beroperasi dengan menyewa sebuah bangunan 2 tingkat di kampung Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang dengan kapasiti pelajar seramai 70 orang. Memberikan pendidikan Akademik, Hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Ilmu Agama, Bahasa Mandarin dan Kemahiran Hidup.

Terpaksa dihentikan sementara operasinya kerana tuan punya bangunan tidak menyambung semula sewaan kepada pihak Ma’ahad. Jesteru itu, kini sedang berusaha untuk membangunkan semula satu-satunya Institusi Pendidikan Islam seperti ini di Pulau Pinang (Georgetown). Merayu PERHATIAN KHAS dari Muslimin/Muslimat membantu untuk Ma’ahad beroperasi semula dengan kadar segera.

Dana sejumlah RINGGIT MALAYSIA SATU JUTA adalah disasarkan untuk peringkat pertama bagi:

  1. menyelesaikan urusan pembelian tanah sejumlah RM130,000 (selesai dengan kos RM120,000)
  2. menambak/menambun tanah merah sebagai tapak. Anggaran 200 lori tanah merah dengan kos RM150 selori diperlukan (dana sedang diperlukan dan kerja-kerja sedang giat dilakukan).
  3. Kos penyucian tapak RM30,000 (dana diperlukan).
  4. Kos pembinaan surau dengan kos anggaran RM500,000 (dana diperlukan).
  5. 2 blok bangunan 2 tingkat sebagai penempatan pelajar (dana diperlukan).
  6. dewan makan (dana diperlukan).
  7. rumah guru (dana diperlukan).

Sehubungan dengan itu, memohon PERHATIAN KHAS dari Muslimin/Muslimat untuk menghulurkan sedekah/jariah/sumbangan untuk menjayakan pembinaan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa. Segala sedekah/jariah/sumbangan boleh disalurkan kepada:

MA’AHAD AL-ISLAMI MANARUT TAQWA

CIMB Al-Wadhiah No Akaun 0734-00000-35209

Segala urusan / keterangan lanjut sila hubungi:

Tuan Pengetua/Mudir: Ustaz Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad012-429 6542
Setiausaha: Mohd Faizal Bin Hozizan016-477 4278
Bendahari: Mohd Nasir Bin Hj Hashim019-424 3018

Alamat: 63, MK 3, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Ya Rasullah, sedeqah manakah yang lebih besar pahalanya?

Sabda Nabi S.A.W.: Iaitu sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau pada masa itu amat sihat dan sebenarnya engaku bakhil (merasa sayangkan harta untuk didermakan) kerana engkau takut menjadi faqir dan engkan berangan-angan untuk menjadi kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh berada di kerongkong lalu pada ketika itu baru engkau berkata, untuk orang ini sekian, untuk orang ini sekian, tetapi sebenarnya harta engkau pada ketika itu memang akan dimiliki (di warisi) oleh orang lain” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Insyaallah…

p/s – Tapi ingat, jangan pikir sangat dengan pahala… nanti bala yang menimpa (pesanan Tn Guru). Yang penting niat & tanggungjawab kita kepada Agama dan rezeki Allah yang kita terima…

Related Posts:

17 Replies to “Dana Untuk Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa”

  1. Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad

    Salam alaik,
    Terima kasih di atas usaha murni yang telah saudara/saudari lakukan ini-
    Sabda Rasulullah-
    ‘Barangsiapa yang menyeru kepada kebajikan,maka baginya balasan yang sama banyaknya dengan balasan yag diberikan kepada sesiapa yang mengikutinya,tidak dikurangi balasan mereka itu walau sedikit pun’

    Semuga kita semua sentiasa didalam rahmat dan redza ALLAH.

  2. Hassan AlBana

    Boleh percaya ke dengan Uztaz Nazli ni?…..kawan saya di Balik Pulau ada cerita ustaz ini kaki kelentong….gunakan agama untuk memperdayakan orang lain….dah banyak orang yang kena. Contohnya Haji Marzuki di Taman Mutiara, Permatang Pasir, Balik Pulau….beribu RM yang hangus….

  3. Adi Surya Post author

    Percaya atau tidak percaya… ditipu atau menipu… anda kena yakin dengan tindakan anda sendiri… kalau mampu untuk siasat kebenaran, pergilah… jengok sendiri lokasi.. jumpa sendiri yang empunya diri.

    Kekadang kerja yang baik akan dikatakan “tidak” oleh sesetengah orang yang iri, cemburu dan sebagainya. Jangan tidak percaya ia dilakukan oleh golongan2 berilmu, ustaz, haji, imam dan sebagainya. Apa masalahnya sehingga mereka berlaku demikian? Jawapannya mudah, IMAN. Kekadang, Allah sengaja menguji untuk melihat sejauh mana keyakinan kita ini.

    Ketika anda hulurkan bantuan, apakah niat yang anda niatkan? Jika anda niatkan untuk membantu anak-anak islam supaya tidak ia terjerus dalam kemaksiatan @ kemungkaran, mungkin berdasarkan niat tersebut anda mendapat ganjaran Allah. Duit @ sumbangan itu sampai ke tidak ke tangan anak-anak itu, satu persoalan yang lain. Itu antara penerima amanah dengan anak-anak tersebut. Kalau dia takut dengan azab Allah, dia tahulah apa yang harus dilakukan.

    Tanggungjawab anda, dengan nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan dipersoalkan dikemudian hari, jadi gunakan sewajarnya.

  4. Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad

    Salam alaik,
    Terima kasih kepada Adi Surya atas usaha yang telah anda lakukan ini,rasa terpanggil untuk mengenali saudara/i..
    Kepada ‘Hassan Al-Banna’,saya juga rasa terpanggil untuk mengenali saudara/i,dengan menggunakan nama yang mulia ini,rasanya amat perlu untuk kita sedikit sebanyak mencontohi peribadi pejuang hebat ini..
    Berkaitan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa,terlalu amat banyak simpang siur yang telah kami lalui,juga berkaitan apa yang saudara/i kemukakan di sini tentang ‘kawan’ di Balik Pulau dan Tuan Haji Marzuki,saya persilakan untuk saudara/i kenalkan diri dan buat temujanji dengan saya dan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa,untuk perkara ini diberikan penjelasan muktamad supaya Insya Allah kita tidak akan menanggung kerugian di akhirat apabila segala pahala yang akan memasukkan kita ke Syurga akhirnya akan ditagih untuk segala kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan terhadap manusia yang tidak kita pohon kemaafan darinya di atas dunia ini.
    Sila rujuk pesanan Rasulullah-Hadis ke 5 didalam Kitab 40 Hadis Penawar Hati susunan Abu Ali Al Banjari An Nadwi.Sila lah menziarahi tapak Ma’ahad di Lot 135 Mk-3,Sungai Rusa yang sekarang sedang dibangunkan fasa pertamanya.
    Apa pun saya sentiasa mengharapkan kita semua sentiasa akan berada didalam rahmat dan redza ALLAH.

  5. Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad

    Salam alaik,
    Untuk pengetahuan semua,Ma’ahad telah membayar RM 100,000 sebagai baki harga tanah yang telah dipersetujui iaitu RM120,000 melalui Tetuan Karpal Singh & Company pada 24-Julai-08 kepada tuan empunya tanah Lot 135 Mk-3,Sungai Rusa,Buat masa ini kerja2 menambun tanah merah sedang giat di jalankan dan setakat ini kita telah menambun sebanyak 100 lori tanah merah dan melakukan pembaikan sistem peparitan dengan menggunakan khidmat Syarikat Ganda Bina Const & Trading – PG-000 085-P dan telah pun membayar sebanyak RM 15,349.00 pada 26-Sep-08,Ma’ahad sekarang sedang berusaha untuk menambun sebanyak 100 lori tanah merah lagi tetapi terpaksa di tangguhkan kerana cuaca hujan lebat/banjir yang tidak menentu sekarang ini.

    Berkaitan isu2 sampingan yang timbul/ditimbulkan,walaupun saya banyak di nasihati supaya tidak menjawab dengan lisan tetapi menjawab dengan perbuatan(membangunkan Ma’ahad) namun kerana perkara ini mengakibatkan berlaku kecelaruan kepada sahabat2 khasnya yang telah memberi dan akan memberi sumbangan,juga kepada pentadbir2 surau/masjid yang sering dijadikan sasaran,maka dengan nama ALLAH,saya mohon kerjasama untuk sahabat2 sekelian se Jama’ah supaya merenung kembali apa yang yang telah kita lakukan dan sejauh manakah Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa KHAS nya saya selaku pentadbir telah diberikan KEADILAN untuk mengemukakan/memaklumkan tentang perjalanan Ma’ahad ini.
    Amat sedih kerana sehingga ke saat ini tidak ada sesiapa yang sudi untuk menghubungi saya sendiri atau datang sendiri melihat kerja2 yang telah dilakukakan,tetapi yang berlaku adalah di sebaliknya dengan terus menerima segala cakap2 kerana kononnya yang bercakap itu adalah ‘PIMPINAN’.Sewajarnya kita mengenali antara PIMPINAN yang menjadikan Al-Quran sebagai asas panduan menghukum sahabat se Jama’ah atau pun yang bertindak semata2 menjaga kepentingan suara ramai yang dirasakakan dapat mempertahankan kepimpinannya.

    Hasil usaha mungkin “Hassan Al Banna” dan sealiran dengan nya sehingga kini selepas ramadzan, 2 buah surau di Ampang dan Selayang dan sebelum ini di Cheras dan Gombak telah menangguhkan kuliah Mudir Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa,dan sms yang di hantar dengan terang menyatakan siapa yang menasihati mereka untuk pembatalan kuliah tersebut,dan sebagai ahli Jama’ah saya amat memahami situasi yang di alami penggerak/pentadbir kuliah2 ini.Dan ada sahabat2 yang berjumpa secara terus dengan menyebut nama orang yang membawa berita2 ini.

    Apa pun saya menyerahkan segala urusan berkaitan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa kepada Allah yang mengurus dan mentdbirkan dunia ini,kami berjuang untuk membina Institusi Pendidikan untuk BERUSAHA MELAHIRKAN GENERASI BERTAQWA.

    ALLAHUMMA ALAIKA BIMAN ZALAMANA,
    ALLAHUMMA ALAIKA BIMAN KHANANA,
    ALLAHUMMA ALAIKA BIMAN HATAKA HURMATANA..

    Semuga kita semua sentiasa didalam rahmat dan redza ALLAH.

    ALLAHUAKBAR!!!!!

  6. Adi Surya

    Salam semua,

    Itulah sebahagian dari ujian Allah kepada kita semua.

    Bak pesanan guru kepada saya, “Biar orang hina kita, Jangan ALLAH hina kita”.

    “Berpeganglah kamu dengan tali-tali Allah”

  7. hassan albana

    Salam semua

    JAWAPAN SAYA………. KALAU SESIAPA YANG INGIN TURUT MENDERMA UNTUK MANARUT TAQWA TERSEBUT…..SILALAH BUAT HOMEWORK TERLEBIH DAHULU……SELIDIK DAN CARILAH INFO TERLEBIH DAHULU BERKENAAN PERIBADI DAN LATARBELAKANG USTAZ SYED NAZLI SERTA PENGAJIAN DAN ILMUNYA. DAN JUGA…SELIDIK DAHULU KELULUSAN UNTUK MENGUTIP DERMA DARI JABATAN YANG BERKAITAN….

    BUKANNYA APA…..KITA NAK BERKAT…BUKANNYA NAK DUIT DERMA TU MASUK PUKAT….INFO BOLEH DIDAPATI DARI BANYAK SUMBER…E.G. JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG, PEJABAT DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG, PAS KAWASAN BALIK PULAU, PEJABAT PENGHULU BALIK PULAU, JKKK, JKKKP, JAWATAN KUASA KARIAH DAN BERMACAM-MACAM LAGI……

    RENUNGKAN LAH…

  8. aisiteru dee san

    salam ziarah..
    tahniah ats usaha mempromosikan Maahad manarut taqwa, insyaAllah…kpd ust syed mohd nazli..jangan mudah mengaku kalah..walau ape pn mehnah tempuhi ngn tabah ok!!!!

    p/s hassan al banna???? tlg tuka nickname awak plezzzzzz

  9. Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad

    Assalamualaikum,
    Sahabat sahabat semua,
    Untuk pemakluman pada 14-Nov-2009 telah berlangsung MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS MA’AHAD AL-ISLAMI MANARUT TAQWA,Dan majlis tersebut dilaksanakan dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ma’had Al-Islami Manarut Taqwa.

    Majlis telah disempurnakan oleh YB TKM 1 Pulau Pinang,Tuan Dr.Mansor Bin Othman dan Tuan Haji Zawawi Bin Mohamad,Pegawai Khas YAB Tuanguru Dato’ MB Kelantan mewakili YAB Tuanguru Dato’ Hj.Nik Abd.Aziz Bin Hj.Nik Mat yang keuzuran.

    Untuk maklumat semua juga, pihak Zain Hamzah Arkitek[Lef.Kol.(B} Haji Zain Bin Hamzah] yang berpusat di Kuala Lumpur telah menyiapkan pelan pembanggunan baru sebuah surau 2 tingkat dan sebuah banggunan 2 tingkat untuk pembelajaran dan penempatan pelajar/guru,dan InsyaALLAH projek akan dimulakan didalam masa yang terdekat.

    Berkaitan dengan itu,sekali lagi Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa membuka ruang untuk kita semua ber TA’AWUN’,bantu membantu,berkerjasama didalam usaha melahirkan generasi bertaqwa melalui sistem pendidikan agama.

    Segala sumbangan derma,zakat,sedeqah jariah atau wang faedah{dengan pemakluman} boleh terus di salurkan melalui-

    CIMB ISLAMIC BANK – 07340000035209 diatas nama Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa,Segala urusan berkaitan yang memerlukan penama hendaklah diatas nama-
    Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa

  10. Adi Surya Post author

    Alhamdulillah….

    Mudah-mudahan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

    Mungkin ustaz boleh berkongsi gambar-gambar ketika majlis tersebut.

  11. Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad

    InsyaALLAH akan saya usahkan,tapi kena dapat pertolongan orang yang mahir le,saya tak pandai sangat nak upload gambar ni..
    Dalam masa terdekat saya akan masukkan gambar,
    Minta maaf banyak2,sibuk sangat,tak tertengok dah blog enta ni.. terus macam lupa,ni baru tiba2 teringat..

  12. Pingback: Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa « Adi Surya dot com

  13. maamy

    Kepada hassan albana..saya baru dapat tahu kisah awak dan juga apa yang terjadi kepada awak.Awak salah orang.Hahahaha.Rupanya orang daerah jugak ya.Hahahaha.Sorry,I gotta hacked down your dummy email and IP.LOL.Since we’re even,why don’t you facing me face to face?I am hacker who hack government websites.Call me Bernad and please drop your message on Najib’s facebook account if you’re really a man.

  14. Syed Mohd Nazli Bin Syed Ahmad

    Assalamualaikum,
    Kepada semua yang berada di sini berkaitan Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa,sila ke Facebook Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa untuk meneliti segala maklumat erkini berkaitan perjalanan Ma’ahad ini,Terimakasih diatas segala keperihatinan dan semoga kita semua sentiasa didalam rahmat ALLAH..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *