October 17 2008

Cikgu Kena Belasah Pelajar Perempuan

Tagged Under : ,

Hai, apa nak jadi dengan anak-anak pelajar kita sekarang nie. Nampaknya sudah berani nak belasah cikgu atas alasan tidak puas hati dengan tugasan sekolah yang diberikan. Lagi menyedihkan, pelajar perempuan yang membelasah cikgu wanita (Rujuk Utusan Malaysia 17 Oct 2008). Kalau masa datuk nenek, emak bapak kita dahulu, mereka yang kena belasah dengan cikgu kerana cikgu hendak memastikan anak-anak murid itu pandai dan yang penting sekali berdisplin. Tetapi sekarang tidak lagi.

Kerjaya seorang guru/pengajar tidak lagi seperti dulu. Apa masalah sebenarnya? Guru? Pelajar? Sistem pendidikan? Ibubapa? Bagi saya, puncanya bermula dari rumah. Asal didikan dari rumah betul, sudah pasti diluar anak-anak akan melakukan apa yang betul. Institusi kekeluargaan dengan penekanan pendidikan agama amat la penting untuk memastikan keharmonian keluarga, agama dan negara.

Niat atau nawaitu guru juga memainkan peranan. Jangan hanya mengajar kerana gaji/upah yang bakal diterima tetapi kualiti ilmu yang disampaikan kepada anak murid tidak menepati. Memang gaji/upah yang kita perlukan untuk survive dalam hidup, tetapi janganlah ia dijadikan alasan dan menepikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Baik didikan, baiklah jadinya. Buruk didikan, buruklah jadinya. Guru dan ibubapa juga perlu menekan kepada anak-anak tentang adab-adab seorang murid dengan guru. Cuba kita tanya diri kita sendiri, adakah kita tahu tentang adab-adab murid dengan guru? Rata-rata akan terkedu sebentar, memikir apa jawapannya.

p/s - Teringat dulu-dulu ketika sekolah rendah agama, belajar subjek akhlak bab adab dengan guru.

Post a comment