Aug 10 2008
Aturlah Waktu Untuk Berzikir Kepada Allah Ta’ala
Hendaklah anda mempunyai wirid, yakni suatu waktu yang ditetapkan untuk berzikir kepada Allah Ta’ala, yang boleh ditentukan pada suatu waktu yang tertentu, ataupun menetapkan dengan bilangan yang tertentu. Kalau dengan cara yang terakhir ini yang anda pilih, maka bolehlah anda mengadakan tasbih (subhah) untuk menghitung bilangannya.
Ketahuilah, bahawa zikir itu adalah rukun jalan menuju kepada Allah [...]




