By | September 27, 2011

Setelah lama keadaan kesihatan nenek yang tidak menentu, akhirnya beliau telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Isnin, 26/09/2011, jam 3.55pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Bermula sakitnya pada Ahad malam selepas azan Isya’. Secara kebetulan kami sekeluarga selepas Maghrib berkumpul di rumah nenek untuk bersama emak mengunjungi Rumah Terbuka Simpang Rantey yang berada tidak jauh dari kawasan kami. Hati terasa kurang selesa dan tidak berniat untuk keluar awal ke sana walaupun isteri telah mengajak. Biarlah lepaskan azan Isya’ kata hati saya. Isteri serta anak-anak dan emak telah pergi dahulu. Tinggal saya, adik serta kakak yang menjaga nenek sementara emak pergi ke majlis tersebut.

Ketika azan Isya’  bergema saya melihat teletah nenek saya. Terasa gelisah diri beliau yang ketika itu sedang duduk dikerusi. Selesai azan, beliau bergerak ke belakang. Mungkin ke bilik atau ke tandas kot ujar saya. Tidak lama itu, nenek kembali dan terus duduk dikerusi tadi. Nafas beliau telah termengah-mengah. Kami ingat biasa-biasa, ye la nenek dah tua. Jadi kakak memanggil-manggil nenek bertanya khabar. Nenek telah tersandar termengah-mengah. Sambil duit yang tergenggam di tangan terlepas dari genggaman. Bikin apa duit tu?

Kami berdua pun mengangkat nenek untuk dibaringkan di tilam. Tangan kanan nenek telah mula sejuk dan membiru. Udah. Apa halnya nie? Ujar kami berdua. Salah urat belikat kot nie. Sebab tanda-tanda salah urat belikat boleh menyebabkan sesak nafas dan tangan kurang selesa dan sejuk. Kami pun mengurut-urut tangan dan belakang nenek. Setelah itu saya pun pergi ke majlis jamuan tadi.

Sekembalinya saya, abang sepupu dah ada dirumah. Tidak lama selepas itu, emak pun balik. Masing-masing dah panik. Sebab tangan nenek yang tadi hanya sejuk dan lenguh-lenguh telah menjadi bertambah sejuk dan mulai biru. Pipi kanan nenek pun dah mula seperti tertarik. Udah, ini kena strok ke apa? Emak pun menelefon adik beradik memaklumkan situasi nenek.

Dipendekkan cerita, ambulan telah dipanggil. Paramedik telah membuat pemeriksaan dan nenek perlu segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Sesudah itu, doktor mengesahkan nenek mengalami strok dan mujur dibawa ke hospital segera. Keesokan tengahari, saya dan isteri telah melawat nenek. Reaksi positif diberikan oleh nenek ketika saya melawat. Namun pada keesokan paginya, saya menerima panggilan dari emak menyatakan nenek telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, beliau pergi dengan mudah dan tenang. Setelah apa yang nenek tanggung, saya redha dengan pemergiannya. Mudah-mudahan nenek termasuk dalam golongan yang sedikit di Sana. Insyaallah, kami sekeluarga akan bantu dari sini kerana ianya telah menjadi tanggungjawab kami.

Apa yang masih menjadi soalan saya sehingga kini. Duit RM20 yang diambilnya ketika malam itu. Untuk apa tujuannya? Hasrat nenek yang tidak kesampaian…..

Al-Fatihah untuk arwah Rubiah Binti Ahmad Sujari. Mudah-mudahan rohmu berada di dalam golongan yang sedikit di sisi Allah SWT. Amin…

Related Posts:

  • No Related Posts

One Reply to “Balangsuka Rubiah Ahmad Sujari (1908-2011)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *