Aku Beli Toshiba Satellite L310-A410
- 0 Comments
Ya! Sekarang saya mempunyai notebook… Alhamdulillah… walaupun beli secara ansuran… hehehehe… Jenuh membuat pilihan antara HP atau Toshiba, akhirnya saya membeli Toshiba.. ada juga terpengaruh dengan suggestion awek cun salesgirl tu.. Lagipun saya tengah excited dan tak sabar-sabar nak beli notebook juga tak sabar nak cepat dapat. Lagi cepat dapat, lagi cepat saya untuk mengorak langkah dalam menceburi bisnes internet. Agak terbatas juga penglibatan jika tiada komputer dan internet. Takkan nak ke cybercafe tiap-tiap hari… rasa tidak berbaloi…
Spesifikasi Toshiba Satellite L310-A410:
Intel(R) Pentium(R) Dual Core CPU T2370 @ 1.73GHz, 110GB HDD, 512MB RAM + Free 500MB RAM, Microsoft Vista Home Basic Operating System, DVD SuperMulti Double Layer Drive (DVD ± RW/RAM)
Pada awalnya memang mengalami masalah teknikal dan terpaksa dikembalikan ke Toshiba Service Center di Shah Alam selama hampir sebulan. Pertama kali digunakan OK. Namun setelah install beberapa perisian, tiba-tiba notebook shutdown sendiri dan apabila dihidupkan semula tidak berjaya. Pihak Toshiba mengatakan notebook tersebut telah mengalami masalah motherboard dan ianya merupakan kes pertama seumpamanya untuk model tersebut.
Sekarang, so far alhamdulillah… performance memang puas hati. Lagipun penggunaan belum lagi teruji ke tahap gaban hardcore. Baru setakat run xampp, surfing dan normal typing sahaja. Lagi satu pengajaran yang saya dapat melalui pembelian notebook ini, ikut kata orang tua… petua beli barangan… belilah barangan pada hari Rabu sebelum petang untuk hasil yang memuaskan…. Pada penghantaran pertama, dealer hantar pada hari Selasa… kemudian pengambilan dari service pada hari Rabu… kebetulan atau kebenaran… terpulang kepada anda…
Dengan nilai belian RM2499 + RM549 Extended Warranty (1+2) + Free 512MB RAM + Free Digital Camera…
Next, saya akan beri feedback tentang penggunaan Maxis Wireless Broadband dikawasan tempat tinggal saya kini…




