By | March 17, 2008

Ini hari sampai la hari Rabu wa attend training MS Access 2007 kat USJ. Walaupun dah tahu guna Access… sajer jer attend.. lari dari office… relax… hehehehe….

Apa citer sekarang selepas seminggu Pilihan Raya? Banyak citer kita dengar setelah Barisan Alternatif (BA) berjaya menawan 5 buah negeri… BN lagi dok pening Selangor jatuh ke tangan BA…. pusat ekonomi Malaysia jatuh ke tangan BA?

Lagi bertambah perit dan tamparan kepada kerajaan BN terutama BN Selangor sebelum ini. BA memberikan berita gembira kepada Rakyat Selangor. Tarif air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik. Lagi gembira untuk aku…. bulan-bulan bil air mencecah RM70++ dengan isi rumah 6 orang (4 kanak-kanak).

Pasti selepas ini, rakyat akan lebih mempersoalkan tindakan BN dalam isu kenaikan harga. Bagaimana BA boleh memberikan penurunan harga dengan situasi yang sama dengan BN sebelum ini.

Mungkin kita akan dengar penurunan kadar tarif elektrik & tol selepas ini… Tapi bagi elektrik, TNB memerlukan penurunan kadar tarif petroleum & gas. So bagaimana? Haruskah kita memberikan tekanan kepada kerajaan dalam penurunan harga petroleum & gas? Kita telah pun memberikan tekanan pertama melalui PRU-12.

So guys…. start thinking….

Related Posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *