Assalammualaikum dan Salam Sejahtera….

Terima kasih kerana sudi melawat blog Adi Surya dot com ini. Satu blog peribadi yang diwujudkan untuk saya meluahkan cetusan rasa, perkongsian ilmu, pengalaman, panduan dan pendapat dengan anda semua.

Salam perkenalan daripada saya, Adi Surya Umri. Anak Jawa yang dilahirkan di Kampung Sijangkang, Selangor pada tahun 1976. Menerima pendidikan awal sekolah di kampung kemudian meneruskan pendidikan menengah di SAM(T) Tengku Ampuan Rahimah, Banting. Oleh kerana keputusan SPM yang tidak memberangsangkan, saya tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat universiti. Selepas SPM meneruskan pengajian peringkat sijil di Kolej Persistra, Banting dalam Asas Simpan Kira  dan komputer.

Mempunyai minat yang mendalam dalam hal komputer sejak dibangku sekolah menengah. Bermula apabila Kelab Komputer sekolah ditubuhkan dan menjadi salah seorang AJK kelab tersebut. Oleh kerana terlalu obses, terutama dalam programming (ketika itu dBase IV) saya sanggup ponteng kelas dan duduk kat lab komputer. Menjadi antara key user komputer ketika itu disamping beberapa rakan (tidak ramai 2/3 orang sajer). Tamat tingkatan 5 saya ditawarkan menjadi guru komputer bertaraf kontrak untuk tempoh 3 bulan (agaknya la. Dah lupa) untuk mengajar disekolah. Selepas itu ada juga menerima tawaran mengajar di kolej swasta sekitar Klang.

Namun, bidang saya kini tidaklah menjurus kepada komputer 100% tetapi dalam bidang perakaunan. Mempunyai pengalaman bekerja lebih 10 tahun dalam perakaunan meliputi syarikat-syarikat logistik, perkilangan dan peruncitan. Bermula dari bawah sebagai kerani akaun dan kini bertugas sebagai Senior Accounts Supervisor di Eraman Malaysia, KLIA Supervisor @ Officer Accounts, MAHB KLIA. Saya tidak mempunyai diploma ataupun ijazah dalam perakaunan, tetapi hanya berbekalkan pengalaman saya belajar dalam kerja. Praktikal knowledge! Pengetahuan cekap dan kefahaman dalam penggunaan perisian komputer terutama MS Office Application dan SAP Financial System juga membantu saya dalam mencapai posisi sekarang ini.

Sekarang saya sedang meneruskan pengajian diperingkat entry level Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) Certificate Business Accounting. Baru semester 1 dan akan exam dalam bulan Mar 2009 nanti. 2 passed and 3 to go! Ini adalah usaha saya yang ke-3 untuk mendapatkan paper qualification setelah usaha-usaha sebelum ini gagal akibat kerja dan kewangan. Ini company support boleh la sikit… hehehehehe… Untung saya kan…

Telah mendirikan rumahtangga seawal usia 23 tahun pada tahun 1999 dan kini alhamdulillah mempunyai 5 orang cahaya mata. Ramai orang terkejut dan tidak percaya! Tidak padan dengan muka yang nampak muda ini, sudah berkahwin anak 5! Well… nak cakap macam mana… rezeki… hehehe…

Penglibatan saya di dunia internet ini bukannya lama. Baru sahaja mengaktifkan diri dalam 2/3 tahun ini. Mencuba nasib dilautan internet yang tidak bersempadan. Bermula dengan blog wangXtra dot com yang dirancang sebagai satu laman perkongsian sumber-sumber menambah pendapatan samada secara online atau offline. Kemudian laman web autodownline Win4u Success Network untuk perniagaan MLM secara online. Terkini, sedang develop laman web untuk kampung tercinta, Kampung Sijangkang. Satu lagi projek terbaru, laman web untuk bekas pelajar SAMTTAR yang dipanggil SAMTTARIAN.com.

Sekiranya anda ingin mengenali saya lebih lanjut atau kenalan lama yang terputus hubungan, klik disini untuk menghubungi saya.

Saya ucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian anda melawat blog saya ini.

Terima kasih.

Updated:

1 Syawal 1430 @ 20 September 2009

DSC_0001