Archive for April, 2009
Pelan insurans berkaitan pelaburan atau “Investment Link Insurance” ialah pelan insurans hayat yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Premium yang dibayar bukan sahaja menyediakan perlindungan insurans hayat tetapi sebahagian daripada premium tersebut juga akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu mengikut pilihan anda. Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.
Mengapa Saya Patut Beli Insuran Berkaitan Pelaburan?
- Anda diberi fleksibiliti memilih tahap perlindungan dan pelaburan anda
- Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah pembayaran premium atau perlindungan mengikut perubahan kedudukan kewangan anda
- Anda boleh memilih daripada berbagai dana untuk melabur bergantung kepada paras risiko yang selesa untuk anda
- Anda menghendaki pelan simpanan untuk masa depan yang dapat mengekalkan taraf hidup anda
Bagaimana Untuk Saya Memilih Pelan Yang Sesuai?
Apabila memilih pelan, sentiasalah:
- Menimbang jumlah yang anda mahu atau sanggup laburkan ke dalam pelan tersebut, sama ada pelan premium tunggal (single payment) atau berkala (regular)
- Anda juga perlu menimbangkan untuk memilih jenis dana dan tahap perlindungan yang anda perlukan
- Menilai pilihan anda dengan teliti untuk mencari pelan yang benar-benar memenuhi keperluan anda.
Jenis-Jenis Pelan Insuran Berkaitan Pelaburan
Pelan Premium Tunggal (Single Premium Plan)
- Untuk pelan premium tunggal, anda perlu membayar premium tunggal secara sekaligus. Anda tidak perlu risau tentang bayaran secara berkala atau polisi luput.
- Pelan ini juga menawarkan perlindungan terhadap kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh di dalam lingkungan 125% daripada premium di bayar.
- Bayaran manfaat pula ialah jumlah yang diinsuranskan atau nilai unit pelaburan semasa membuat tuntutan, nilai mana yang lebih tinggi.
- Pelan ini membolehkan anda melabur lebih wang untuk menghasilkan pulangan.
Pelan Premium Berkala (Regular Premium Plan)
- Pelan ini sesuai untuk anda jika anda tidak mahu melaburkan sejumlah besar wang di permulaan pelan.
- Pelan ini memberikan anda ruang untuk menambah premium dan perlindungan apabila kedudukan kewangan anda bertambah baik pada masa hadapan. Premium dibuat secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
- Perlindungan insurans asas bagi kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh biasanya berlipat kali ganda daripada bayaran premium tahunan.
- Bayaran manfaat adalah jumlah diinsuranskan dicampur nilai unit pelaburan.
Memahami Risiko
Pelan insurans berkaitan pelaburan, seperti pelaburan-pelaburan lain, terdedah kepada pelbagai risiko pelaburan. Harga seunit dana pelaburan (yang diuruskan syarikat pelaburan ) berkait rapat dengan nilai keseluruhan pelan, yang berubah-ubah mengikut pergerakan harga unit. Anda mungkin mendapat keuntungan apabila menjual unit-unit anda, anda juga berkemungkinan mengalami kerugian daripada penjualan itu, kadangkala dengan jumlah yang lebih sedikit daripada yang anda laburkan. Rekod prestasi dana pelaburan yang lepas boleh dijadikan panduan untuk prestasi akan datang.
Sumber: Info Insurans
Setelah proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar, Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-6 telah mengumumkan barisan kabinet Malaysia yang baru seperti berikut:
PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan
Sumber – Bernama



