Archive for August, 2008

BACKLINK PERCUMA untuk blog anda, sekiranya anda mempunyai blog. Tidak kira anda menggunakan perisian blog apa BACKLINK PERCUMA amat penting. Wordpress, blogger atau apa sahaja. Hantar sahaja blog anda ke direktori tersebut untuk BACKLINK PERCUMA.

Kenapa BACKLINK PERCUMA? BACKLINK PERCUMA ini amat penting untuk menaikkan Page Rating (PR) web anda. Tinggi PR peluang anda menerima pendapatan melalui internet adalah tinggi terutama sekiranya anda melakukan Adsense, PPC atau affiliate. Enjin carian akan meletakkan URL laman web anda di top search ranking. Tentu laman web anda menjadi pilihan si pencari.

Lebih lanjut tentang BACKLINK PERCUMA atau Search Engine Optimizer (SEO) anda boleh layari laman web Belajar SEO Terkini Dengan Fuad Latip. Senang cerita, dia nie sifu untuk SEO.

OK, kembali kepada tajuk. Di mana anda boleh dapatkan BACKLINK PERCUMA tersebut? Layari wangXtra Top Blog Directori.

Buat pertama kalinya di Malaysia, Superbid menjalankan bidaan lelong secara “live” melalui internet! Bidaan ini yang dikelolakan oleh Lelong.com akan dijalankan pada setiap hari Rabu antara jam 12 tengahari hingga 1 petang online mulai 20 Ogos 2008 ini. Produk preview akan dilakukan 5 hari sebelum hari bidaan.

Bidaan Superbid ini dijalankan selama 1 jam sahaja antara jam 12 tengahari hingga 1 petang. Sekiranya aktiviti bidaan masih aktif, sistem akan melanjutkan masa secara automatik. Sehingga aktiviti bidaan ideal selama 60 saat baru bidaan akan ditutup.

Seperti yang diketahui, produk-produk bidaan ini selalunya adalah produk-produk yang mempunyai permintaan tinggi, eksklusif, unik, lebih nilai dan terhad! Jadi, rugi jika kita tidak turut serta dalam aktiviti bidaan ini. Mana tahu nilai produk yang dibeli akan memberi pulangan yang tinggi.

Namun demikian, Superbid ini HANYA terbuka kepada ahli Lelong.com sahaja. Jadi, sekiranya anda masih belum menjadi ahli Lelong.com dan ingin menyertai Superbid tersebut, anda dinasihatkan untuk mendaftar SEKARANG. Ini kerana pihak Lelong.com dalam kenyataannya, tidak akan melayan mana-mana permohonan aktivasi pada saat-saat akhir.

Daftar sebagai ahli Lelong.com secara percuma SEKARANG

Hendaklah anda mempunyai wirid, yakni suatu waktu yang ditetapkan untuk berzikir kepada Allah Ta’ala, yang boleh ditentukan pada suatu waktu yang tertentu, ataupun menetapkan dengan bilangan yang tertentu. Kalau dengan cara yang terakhir ini yang anda pilih, maka bolehlah anda mengadakan tasbih (subhah) untuk menghitung bilangannya.

Ketahuilah, bahawa zikir itu adalah rukun jalan menuju kepada Allah Ta’ala, dan kunci hakikat. Di samping itu dia juga adalah senjata para murid dan tangga kewalian, sebagaimana yang dikatakan oleh setengah para Arif-Billah. Allah telah berfirman:

“Maka ingatilah Aku (dengan berzikir kepadaKu), nescaya Aku akan mengingati kamu.” (Al-Baqarah:152)

“Maka ingatilah Allah dalam keadaan kamu berdiri, duduk dan ketika kamu baring.” (An-Nisa’:103)

“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatilah Allah dengan sebanyak-banyak ingatan!” (Al-Ahzab:41)

Berkata Rasulullah s.a.w.:

“Berfirman Allah Ta’ala: Aku di tentang sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa bersamanya ketika dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam DiriKu. Jika dia mengingatiKu dalam kumpulan ramai, maka Aku akan mengingatinya dalam kumpulan yang lebih ramai daripada kumpulan itu.”

“Berfirman Allah Ta’ala: Aku duduk bersama siapa yang mengingatiKu.”

“Mahukah kamu, Aku memberitahu kamu dengan sebaik-baik amalan kamu, dan yang paling bersih pada Tuanpunya kamu, dan yang paling tinggi pada darjat kamu, dan yang paling baik bagi kamu dari membelanjakan emas dan perak, dan lebih utama daripada kamu menemui musuh kamu, lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka pula menebas leher kamu? Para sahabat menjawab: Mahu (duhai Rasulullah!). Jawab beliau: Dialah zikir kepada Allah.”

Petikan dari: Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat – Imam Habib Abdullah Haddad Terjemahan Syed Ahmad Semait.

Baik, seperti yang dinyatakan di post sebelum ini saya akan berikan maklum balas @ feedback tentang penggunaan Maxis Wireless Broadband di kawasan tempat tinggal saya kini…

Lokasi: Jalan Bunga Raya, Kg Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Banting, Kuala Langat, Selangor

Pakej: Maxis Wireless Broadband Starter ZTE MF600 Modem

Penting: Menurut Maxis Customer Service, kawasan ini tidak mempunyai liputan Broadband dan hanya mempunyai liputan 3G biasa.

Ujian Pertama: Antara Jam 5.00-5.30 petang 03/08/2008 Speedtest.net

Ujian Kedua: Antara jam 11 – 11.30 malam 06/08/2008 Speedtest.net

Ujian Ketiga: Antara jam 10.00 – 10.15 malam 10/08/2008 Speedtest.net

Update terkini:

Ujian pada 30/08/2008

Ya! Sekarang saya mempunyai notebook… Alhamdulillah… walaupun beli secara ansuran… hehehehe… Jenuh membuat pilihan antara HP atau Toshiba, akhirnya saya membeli Toshiba.. ada juga terpengaruh dengan suggestion awek cun salesgirl tu.. Lagipun saya tengah excited dan tak sabar-sabar nak beli notebook juga tak sabar nak cepat dapat. Lagi cepat dapat, lagi cepat saya untuk mengorak langkah dalam menceburi bisnes internet. Agak terbatas juga penglibatan jika tiada komputer dan internet. Takkan nak ke cybercafe tiap-tiap hari… rasa tidak berbaloi…

Spesifikasi Toshiba Satellite L310-A410:

Intel(R) Pentium(R) Dual Core CPU T2370 @ 1.73GHz, 110GB HDD, 512MB RAM + Free 500MB RAM, Microsoft Vista Home Basic Operating System, DVD SuperMulti Double Layer Drive (DVD ± RW/RAM)

Pada awalnya memang mengalami masalah teknikal dan terpaksa dikembalikan ke Toshiba Service Center di Shah Alam selama hampir sebulan. Pertama kali digunakan OK. Namun setelah install beberapa perisian, tiba-tiba notebook shutdown sendiri dan apabila dihidupkan semula tidak berjaya. Pihak Toshiba mengatakan notebook tersebut telah mengalami masalah motherboard dan ianya merupakan kes pertama seumpamanya untuk model tersebut.

Sekarang, so far alhamdulillah… performance memang puas hati. Lagipun penggunaan belum lagi teruji ke tahap gaban hardcore. Baru setakat run xampp, surfing dan normal typing sahaja. Lagi satu pengajaran yang saya dapat melalui pembelian notebook ini, ikut kata orang tua… petua beli barangan… belilah barangan pada hari Rabu sebelum petang untuk hasil yang memuaskan…. Pada penghantaran pertama, dealer hantar pada hari Selasa… kemudian pengambilan dari service pada hari Rabu… kebetulan atau kebenaran… terpulang kepada anda…

Dengan nilai belian RM2499 + RM549 Extended Warranty (1+2) + Free 512MB RAM + Free Digital Camera…

Next, saya akan beri feedback tentang penggunaan Maxis Wireless Broadband dikawasan tempat tinggal saya kini…

--!>

Dalam hidup ini, setiap manusia perlu MENCUBA dan BERUSAHA dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH. IMPIAN tidak akan menjelma menjadi KENYATAAN jika kita hanya duduk menunggu tanpa melakukan apa-apa.

Kita BERDOA kepada Tuhan untuk KESIHATAN, KEBAHAGIAAN, KEKAYAAN dan KEJAYAAN. Serta berharap Tuhan CEPAT memakbulkan doa kita. Namun, apabila Tuhan menunjukkan JALAN PELUANG ke arah yang dihajati, adakah kita CEPAT BERTINDAK untuk HASIL YANG CEPAT?

Mahu CEPAT MENCAPAI IMPIAN? BERTINDAK dengan hadir ke:

Seminar Peluang Niaga 2010
Lokasi: Dewan Wawasan, BT9 Kg Medan, Telok Panglima Garang, Banting
Tarikh: 7 Feb 2010 @ Ahad
Waktu: 2.30 petang

Masuk PERCUMA

BERTINDAK hubungi saya SEKARANG!

Iklan
Arkib