Archive for May, 2008
Lagi update untuk JomSeminar dari sessi 1 & 2 dari blog speaker JomSeminar, saudara Syed Ikhwan.
http://work4real.blogspot.com/2008/05/update-gambar-seminar-perniagaan_5230.html
Nampaknya sambutan untuk JomSeminar memang memberangsangkan. Tidak pasti bila & dimana seminar ini akan diadakan kembali. Bagi mereka yang terlepas peluang menyertai sessi 1 dan 2, mungkin anda berpeluang untuk sertai seminar ini di lain hari. Daftar percuma di laman web rasmi JomSeminar untuk mendapat update terkini.
Bagi mereka yang telah menyertai seminar tersebut, selamat mempraktikkan ilmu yang diperolehi.
JomSeminar telah membuat kickstart mereka yang pertama pada 10/05/2008 yang lalu dan saya adalah diantara peserta dalam kumpulan tersebut. Banyak juga tips & tricks yang telah didedahkan oleh para speaker yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Didalam seminar itu juga barulah saya mendapat gambaran sebenar dan pendedahan bahawa melalui internet kita mampu mempunyai pendapatan yang lumayan. Walaupun kita tidak mempunyai sebarang hosting, domain atau modal yang besar. Dengan menggunakan sumber-sumber yang percuma didalam internet, wang mampu mengalir kedalam akaun kita. Namun ia bergantung kepada usaha kita.
Saya juga terkejut apabila melihat peserta yang telah bertaraf “guru” @ “otai” menjadi peserta JomSeminar ini. Apa tidaknya, En Suhaimy a.ka. shuth admin wangcyber.com dan sempoihosting.com? Sham dari RajaAdsense.com? Ahmad Syaifudden Mohamad aka Abooain dengan produk Pakej Web Tools. Kak Galadriel dari internetmelayu.com. Hei! saya duduk sebelah Sukeri! dan ramai lagi!
Secara keseluruhannya, program ini sesuai untuk semua. Ramai juga peserta yang hadir tidak mempunyai ilmu @ pengetahuan yang mendalam tentang business internet ini. Sekiranya anda bercadang untuk membuat duit dari internet, anda WAJIB hadir JomSeminar ini. Terutama sekiranya anda ingin membuat duit melalui blog, adsense, affiliate dan anda memerlukan traffic percuma ke website anda.





