Dana Pembinaan Surau Hj Mansor

Mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk dana pembinaan Surau Haji Mansor, Jalan Ratapan, Kg Sijangkang. Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun bank tersebut:

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

No Akaun : 12074010052050

Rujukan Kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS): JAI.Sel.BPM/01/015/8

Rujukan Kelulusan Pungutan Khairat (Derma) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS): Ruj:(2)MAIS/E/MAL/03-2/001/03-2/79

Sumbangan anda amat kami hargai. Semoga usaha murni tuan/puan mendapat keberkatan Allah SWT. Insyaallah.

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Kelebihan Berselawat Ke Atas Junjungan Nabi SAW

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi SAW mengandungi sepuluh macam faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

  • Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam
  • Memperolehi syafaat dari Nabi SAW
  • Mendapat pimpinan daripada malaikat yang baik-baik
  • Menghapuskan dosa
  • Mendapatkan pertolongan dan tercapai keperluan hidup
  • Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir
  • Memperolehi nur lahir dan batin
  • Mendapat keselamatan daripada azab neraka
  • Membolehkan memasuki syurga
  • Memperolehi ucap selamat dari Allah

Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadis, bahawa membaca selawat kepada Nabi SAW akan memperolehi pelbagai faedah yang amat besar, di antaranya:

  1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah
  2. Ditulis sepuluh kebajikan
  3. Dihapuskan sepuluh kesalahan
  4. Diangkat sepuluh darjat
  5. Memperolehi kesempurnaan iman
  6. Menjauhi daripada kerugian dan penyesalan
  7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh
  8. Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  9. Memperolehi syafaat Nabi SAW
  10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi SAW
  11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
  12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
  13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib
  14. Terselamat daripada kebingungan pada hari kiamat
  15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah
  16. Terhindar dari kefakiran
  17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi SAW
  18. Memperolehi keberkatan dalam hidup
  19. Terhindar dari orang-orang yang bakhil
  20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT
  21. Memudahkan jalan bagi masuk syurga
  22. Menjadi zakat dan pembersih diri
  23. Memperolehi selawat dari Allah SWT dan para malaikat
  24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit
  25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah
  26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati
  27. Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi SAW
  28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar
  29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Sirat Al-Mustaqim di akhirat
  30. Terkabul segala hajat dan cita-cita
Sumber: Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Balangsuka Rubiah Ahmad Sujari (1908-2011)

Setelah lama keadaan kesihatan nenek yang tidak menentu, akhirnya beliau telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Isnin, 26/09/2011, jam 3.55pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Bermula sakitnya pada Ahad malam selepas azan Isya’. Secara kebetulan kami sekeluarga selepas Maghrib berkumpul di rumah nenek untuk bersama emak mengunjungi Rumah Terbuka Simpang Rantey yang berada tidak jauh dari kawasan kami. Hati terasa kurang selesa dan tidak berniat untuk keluar awal ke sana walaupun isteri telah mengajak. Biarlah lepaskan azan Isya’ kata hati saya. Isteri serta anak-anak dan emak telah pergi dahulu. Tinggal saya, adik serta kakak yang menjaga nenek sementara emak pergi ke majlis tersebut.

Ketika azan Isya’  bergema saya melihat teletah nenek saya. Terasa gelisah diri beliau yang ketika itu sedang duduk dikerusi. Selesai azan, beliau bergerak ke belakang. Mungkin ke bilik atau ke tandas kot ujar saya. Tidak lama itu, nenek kembali dan terus duduk dikerusi tadi. Nafas beliau telah termengah-mengah. Kami ingat biasa-biasa, ye la nenek dah tua. Jadi kakak memanggil-manggil nenek bertanya khabar. Nenek telah tersandar termengah-mengah. Sambil duit yang tergenggam di tangan terlepas dari genggaman. Bikin apa duit tu?

Kami berdua pun mengangkat nenek untuk dibaringkan di tilam. Tangan kanan nenek telah mula sejuk dan membiru. Udah. Apa halnya nie? Ujar kami berdua. Salah urat belikat kot nie. Sebab tanda-tanda salah urat belikat boleh menyebabkan sesak nafas dan tangan kurang selesa dan sejuk. Kami pun mengurut-urut tangan dan belakang nenek. Setelah itu saya pun pergi ke majlis jamuan tadi.

Sekembalinya saya, abang sepupu dah ada dirumah. Tidak lama selepas itu, emak pun balik. Masing-masing dah panik. Sebab tangan nenek yang tadi hanya sejuk dan lenguh-lenguh telah menjadi bertambah sejuk dan mulai biru. Pipi kanan nenek pun dah mula seperti tertarik. Udah, ini kena strok ke apa? Emak pun menelefon adik beradik memaklumkan situasi nenek.

Dipendekkan cerita, ambulan telah dipanggil. Paramedik telah membuat pemeriksaan dan nenek perlu segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Sesudah itu, doktor mengesahkan nenek mengalami strok dan mujur dibawa ke hospital segera. Keesokan tengahari, saya dan isteri telah melawat nenek. Reaksi positif diberikan oleh nenek ketika saya melawat. Namun pada keesokan paginya, saya menerima panggilan dari emak menyatakan nenek telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, beliau pergi dengan mudah dan tenang. Setelah apa yang nenek tanggung, saya redha dengan pemergiannya. Mudah-mudahan nenek termasuk dalam golongan yang sedikit di Sana. Insyaallah, kami sekeluarga akan bantu dari sini kerana ianya telah menjadi tanggungjawab kami.

Apa yang masih menjadi soalan saya sehingga kini. Duit RM20 yang diambilnya ketika malam itu. Untuk apa tujuannya? Hasrat nenek yang tidak kesampaian…..

Al-Fatihah untuk arwah Rubiah Binti Ahmad Sujari. Mudah-mudahan rohmu berada di dalam golongan yang sedikit di sisi Allah SWT. Amin…

Popularity: 2% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts
September 27, 2011Permalink 1 Comment

Makan-Makan @ Office

Bersempena Syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi nie. Kita orang kat office dah berpakat untuk menganjurkan Majlis Makan-makan Sempena Aidilfitri pada hari nie. Jadi ramai la yang melaram dengan baju raya mereka.

 

Menanti dengan penuh sabar untuk Imam membaca doa…

Antara kuih-muih yang disediakan.

Ini jer yang sempat aku snap coz yang lain sedang dikerumun dengan manusia-manusia yang kelaparan. Almaklum menahan makan & minum dari pagi. Skip breakfast lagi tu… Tak caya tengok nie.

Pada majlis ini juga kami meraikan Birthday GM kami, iaitu Kak Jie.

Aksi-aksi menarik…

Popularity: 1% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts

Pertandingan Laman Blog Kampung

Selepas menikmati nasi lemak sebagai makan tengahari, layan jap surfing internet. Mencari berita-berita terkini kat dunia nie. Setelah berapa lama tak online. Melawat web Pejabat Tanah Klang kerana esok nak kena hantar wife ke sana untuk urusan tanah arwah emak. Dengor kata office dah pindah, so cari info terkini kat web tu.

Tertarik dengan banner di main website. “Pertandingan Mereka Bentuk Laman Web Blog Kampung”. Wah bagus tu… coz saya pun ada domain khas untuk kampung (www.sijangkang.net) yang tak terutilize sepenuhnya.

Tarikh tutup penyertaan pada 30/09/2011. Ada masa 9 hari lagi. Sempat ke untuk saya update website tu? Hadiah lumayan gak, 1st prize RM5,000, 2nd RM3,000, 3rd RM2,000 dan 10 x RM200 untuk saguhati.

Tapi pertandingan nie hanya membenarkan 1 penyertaan untuk 1 JKKK. So kena check dulu dengan JKKK baru boleh cerita. Sapa JKKK kampung aku ye.. hehehee

1. Pertandingan ini diadakan secara terbuka sama ada individu atau berkumpulan untuk setiap wakil di JKKK Negeri Selangor ( 1 JKKK 1 penyertaan)

2. Jangka masa pertandingan ini adalah dari 11 Julai – 30 September 2011.

3. Tema pertandingan adalah
a. “Selangor Kemegahanku, Kampungku Kebanggaanku”

4. Peserta dibenarkan untuk menghantar satu pautan ke Laman Blog yang mewakili satu JKKK.

Popularity: 2% [?]

Related Posts:

  • No Related Posts